Bosan ke Tak..??

Hari Ahad selalunya ramai yang akan menghabiskan masa dengan family, orang tersayang, member2 or layan diri sendiri. Tapi kali ni saya kena bertugas, huhuhu...tak tahu perasaan sekarang ni camne..boring ke..suka ke..tapi tanggungjawab kena jalankan juga...

Sambil2 saya bertugas, saya sempat menghabiskan sebuah novel "Buat Yang terakhir" setebal 781 muka surat.



Apa yang saya boleh komen, memang best! Tak rugi membacanya. Banyak pengajarannya, terutama bagi mereka yang sedang dilamun cinta n bakal mendirikan rumah tangga. Kalau ini cerita realiti, memang saya respect pada wanita yang bernama Zarith Sofia. Belajar dari pengalaman, mengaku kesilapan, berkorban dan pelbagai lagi yang boleh dipelajari. Kalau nak tahu lebih lanjut, memang kena baca.

Buku kedua yang sempat saya baca, "Hari-hari Dalam Hidupku".



Buku ini kisah realiti perjuangan seorang wanita. Teramat best! Menyedarkan saya betapa pentingnya pengorbanan kerana agama. Cerita tak guna, kena beli dan baca baru dapat feel. So apa tunggu lagi, cepat!!!

Ulasan

Mohd Nasri berkata…
pakcik ni jiwang jgk..haha
ni msti bosan thp dewa time kijo ni..
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
bukanlah jiwang, kalau nak ikutkan pakcik ni malas nak baco buku, nak baco blog ekau pun tgk mood..tapi kalau dah jumpo dengan buku yang best, memang pakcik baco sampai habih lah...hehehe
Keri AlHaj berkata…
perghh... sempat pulak habiskan baca novel tebal tu... Novel Suu Phea.. ko dah baca belum... hehe.. bestt woooo citer tu... heheheh... (kenapa ayat ni rasa mcm tak ikhlas je)..

hari ahad buka gerai.. ada program apa kat sana??
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
uihhh suu phea, tebal tuuu..perlukan penghayatan yang tinggi..bukan calang2 orang boleh baca tu..(macam ikhlas je aku jawab)..hehehehe..

biasalah pemasaran, mana kenal hari minggu..hwahwahwa..
Tanpa Nama berkata…
cita menarik ni..jiwang pun ok..
tahniah bakal melangkah setapak lagi ke alam usahawan....

bersama kita bangunkan ekonomi ummah... yeah!!!
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
bioqzs..ekau pun minat novel kooo..??
En Khai..good luck too
Tanpa Nama berkata…
pokcik ni mmg jiwang karat..
hoho!