Pemberat yang berat...!!


"Catering, kad, PA system n DJ tak jadi!" pabila sms terpapar di skrin hp saya.
Melayang seketika tatkala sedang bermesyuarat bersama dengan beberapa orang kenalan.
"Subhanallah....tabahkan hati hamba Mu ini," itulah bisik hati saya.
Masih membayangkan, bagaimana ingin menyatakan semua ini pada mereka yang telah bersetuju untuk bekerjasama pada majlis itu. Deposit catering juga telah dilunaskan. Masa mereka telah di'booking'. Maksudnya tempahan yang lain-lain telah pun mereka tolak semata-mata untuk fokus kepada majlis yang dijangka akan menjadi majlis gilang gemilang. Bagitulah juga dengan PA system dan deejay. Kad juga telah direka. Konsepnya telah direka khusus untuk pasangan pengantin, dengan harga yang sungguh minima.
"Aduhai, beratnya ya Allah, dugaan Mu ini," hati saya mendengus lagi.

"Confirm ni, catering, kad, PA system, Deejay dan artist," itu ayat sms sebelum ini dari pengantin lelaki.
Begitu bersemangatnya diri ini ketika itu, mencari tempat, catering yang terbaik dan semua kelengkapan yang ditelah di'confirmkan' oleh pengantin.
Hari ini, sebaliknya yang berlaku. Dengan satu sms sahaja, segalanya dibatalkan. Apa dosa kami? Mudahnya bagi dia, menyatakan begitu. Susah payah orang lain memerah tenaga, idea, masa dan banyak lagi. Kenapa tidak pernah diambil kira? Kenapa pada awal diconfirmkan dan sekarang baru dibatalkan? Sehingga ada yang sanggup mendahulukan deposit untuk meyakinkan pihak caterer untuk tidak mengambil tempahan yang lain. Alih-alih, segalanya tidak menjadi. Deposit untuk caterer sah tidak akan dipulangkan. Itulah amalannya. Jika dibatalkan tempahan, deposit akan hangus. Namun siapa pula ingin menampung kos manusia yang tidak berdosa? Bahkan sanggup mendahulukan duit sendiri. Aduhai, terasa segan pula diri ini dengan individu itu.

Kekadang kita terlupa tentang nilai peri kemanusiaan. Apabila kepentingan diri mendahului pemikiran. Kala itu, tiada lagi erti sahabat, teman mahupun saudara.
Biarlah, biar Tuhan yang menentukan segalanya. Rezeki itu di tangan Tuhan. Baik dan buruk juga ketentuan Nya.

Ulasan

@nu@r berkata…
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang... jodoh di tangan tuhan...
mgkn jodoh tidak panjang, mungkin...

jika kita telah berpenat lelah, then di cancel... ralat woooo....
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
bukan setakat ralat..kecewa tahap gaban...gaban pun tak kecewa macam ni...huhuhuhu...kalau lah iman ni tak der, nak jer bakar umah orang tu...hwaaaaaaaa...!!!!!
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.