Langkau ke kandungan utama

Catatan

MADRASAH JAMILAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuamaikum wrt wbt
Selamat berhujung minggu kepada para pembaca sekalian. Syukur kita masih diberikan nikmat iman dan Islam. Kesempatan untuk menikmati udara yg segar, menghirup oksigen dan melepaskan kabon dioksida. Kitaran yang Tuhan tentukan sebagai kebergantungan manusia bersama alam. 
Hari ini, anak-anak diraikan dalam satu majlis mencungkil bakat. Tiada yang pernah menyangka, anak-anak yang hanya diam si rumah, mempunyai bakat yang dicungkil oleh mualimah-mualimah yang berwibawa. Tahniah buat mereka. Bukan mudah untuk meyakinkan anak-anak untuk berdiri di hadapan orang ramai melihat dan menonton, ada juga yang merakam untuk membuat persembahan.


Catatan terbaharu

"MALANG"... Sikap atau Sifat??

" saya tak tahu bang, semua benda yang melibatkan saya, mesti ada benda yang tak kena..."" saya ni pembawa malang bang!" " saya memang tak boleh buat apa-apa, ada aje yang tak kena," " dah memang nasib saya begitu, ada sahaja benda malang yang menimpa saya," kata Mail. 
Dia kecewa dengan dirinya apabila setiap perkara yang cuba dia penuhi seringkali menemui kegagalan bahkan mengundang masalah yang bertimpa-timpa. Kekeliruan melanda, adakah itu berpunca diri sendiri atau ada unsur lain yang memburukkan keadaan? Konflik yang agak sukar untuk mencari jawapan. 
KOREKSI DIRI
Belum terlambat untuk membetulkan diri. Jangan pernah salahkan orang lain, jika kita mampu untuk mengubahnya. Contohnya, jika kita mahu yakinkan orang lain, kita sendiri perlu menyakini diri sendiri. Keyakinan perlu disusuli dengan tindakan. Misalnya, kita berjanji untuk bertemu dengan seseorang, makan haruslah dipenuhi janji itu. Jangan berjanji lain tapi akhirnya tidak muncul. Itula…

Ahlan Ya Zulhijjah

Assalamualaikum wrt wbt
Zulhijjah mendatang, tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Aidiladha. Hari yang dinantikan oleh tetamu Allah, yang dipilih untuk menjalankan ibadah haji bagi tahun 2019. Pasti syahdu juga buat ahli keluarga yang kehilangan mereka di Tanah Suci. Satu sisi lain, kita seharusnya bersyukur kerana mereka diangkat saat menjadi tetamu Allah, mulianya mereka. 
SYUKUR TIADA SEMPADAN
Bagaimana pula kita yang belum dijemput Allah sebagai tetamu Nya? Pastinya kita menantikan ketibaan waktu yang kita inginkan. Rugilah mereka yang sudah berkemampuan, tetapi tidak diberikan keinginan untuk ke sana. 

Rindu Tanpa Bicara

Assalamualaikum....  Pantasnya masa berlalu. Meniti setiap detik yg berlalu membuatkan kita sering terpesona dengan nikmat dunia. Sesekali Tuhan memberikan peringatan, agar kita melihat kembali jalur usia yang semakin hampir dengan titik penghujungnya. Alhamdulillah, ruang bernafas masih dibuka utk terus mengabdikan diri mencari keredhaan taubat dari Nya.

Selamat Hari Wanita...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Permulaan Rejab yang mulia. Seiring dengan hari wanita. Begitu mulia mereka di sisi Tuhan. Bukan kerana nama sebagai wanita tapi pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas. Menjadi rusuk bagi seorang lelaki yang bergelar suami. Begitu juga menjadi ibu bagi mereka yang bergelar anak. Apatah lagi si memantu yang menjaga mertua yang mungkin sakit. Tak terjangkau dek akal di mana kudrat mereka yang luar biasa. Sesekali si ketua keluarga cuba untuk mengambil alih tugasan, namun keseniaannya tidak setanding si manis. Itu lah kelebihan yang dikurnia Tuhan. Sememangnya Tuhan itu mahal adil. Digandingkan sebagai pasangan yang ideal. Pemarah dengan penyabar. Penyepah dengan pengemas. Pengotor dengan pembersih. Itulah caturan yang luar jangka. Jodoh dan pertemuan itu, telah ditentukan sejak di Luh Mahfuz lagi. 

THE KAHAANI... THE STORIES

Bismillahirrahmanirrahim... 
Sekian lama tidak bertegur sapa... tertanya-tanya, bagaimana pula kabar nya? Semoga semua nya berada dalam keadaan sihat walafiat. Melihat sebuah banglo yang tersergam indah, pasti kita akan membayangkan hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja mampu untuk memenuhi ruang kosong bertaraf 5 bintang ini. Namun pandangan sisi yang lain, banglo seusia hampir puluhan tahun ini, menyimpan pelbagai kenangan memori terindah ramai pengantin dan juga keluarga yang bertandang ke sini. The Kahaani atau bermaksud cerita, mengabadikan banyak memori indah mereka yang melaksanakan majlis di sini. Tidak kira golongan atasan, pertengahan mahupun mereka yang bergelar marhain.

HARI INI.... DAN SEMALAM.... ::LOVE::

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum... 
Berhujung minggu santai bersama keluarga. Bagi remaja, hujung minggu masa bersama kawan-kawan berjalan ke sana sini. Saya, saat ini, baru selesaikan tugasan sistem pemesanan kerajaan yang kadang-kadang meruntunkan jiwa. Sistem memudahkan, tapi kadang kala menjadikan diri kita stress dengan keadaan sekeliling. Sistem punya pasal, manusia jadi mangsa. 
Buatlah pilot projek dulu. Lihat keberkesanan sistem dulu. Tengok sejauh mana sistem itu memberi kesan kepada pengguna. Di situlah akan dapat mengesan, kebaikan dan kelemahan sistem. Sedihnya, bila ada 10000 pengguna yang mengejar masa untuk memuat naik kepada sistem, tetapi sistem hanya boleh dicapai oleh 100 orang sahaja. Tambah lagi, apabila mendapat surat tunjuk sebab kenapa pengguna tidak dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan. Bila diterangkan masalah sistem, jabatan tidak dapat menerima jawapan yang diberikan. Akhirnya, kesan buruk kepada pengguna juga kerana alasan lain diberika…