HARI INI.... DAN SEMALAM.... ::LOVE::

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum... 

Berhujung minggu santai bersama keluarga. Bagi remaja, hujung minggu masa bersama kawan-kawan berjalan ke sana sini. Saya, saat ini, baru selesaikan tugasan sistem pemesanan kerajaan yang kadang-kadang meruntunkan jiwa. Sistem memudahkan, tapi kadang kala menjadikan diri kita stress dengan keadaan sekeliling. Sistem punya pasal, manusia jadi mangsa. 

Buatlah pilot projek dulu. Lihat keberkesanan sistem dulu. Tengok sejauh mana sistem itu memberi kesan kepada pengguna. Di situlah akan dapat mengesan, kebaikan dan kelemahan sistem. Sedihnya, bila ada 10000 pengguna yang mengejar masa untuk memuat naik kepada sistem, tetapi sistem hanya boleh dicapai oleh 100 orang sahaja. Tambah lagi, apabila mendapat surat tunjuk sebab kenapa pengguna tidak dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan. Bila diterangkan masalah sistem, jabatan tidak dapat menerima jawapan yang diberikan. Akhirnya, kesan buruk kepada pengguna juga kerana alasan lain diberikan, akibat ketidak mahiran pengguna mengemudi sistem yang disediakan. Alahai, jabatan. Ku sangka kan pemikiran sudah "move on" tapi masih ditakuk yang lama. 

Hari ini, saya menerima lagi pelawaan dari satu jabatan. Menetapkan waktu untuk menjawab pelawaan. Satu perkara yang saya tidak suka. Kali ini, lain pula intipati nya. Permintaan sebutharga tidak menyatakan, bila, di mana dan jam berapa acara itu akan dilaksanakan. Walaupun nilainya tidaklah besar, tapi kerana menggunakan sistem, perkara itu amat dititikberatkan. 

" maaf puan, kenapa tidak ada detail dari jabatan yer puan?" saya bertanya.
" Terlalu umum. Tidak ada tarikh, tempat dan nilai untuk saya sahkan. Tidak sama dengan pelawaan yang saya terima dari jabatan lain," saya menerangkan. 
"Oh, pegawai saya maklumkan tak apa, sahkan sahaja," jawab Pegawai Tadbir Jabatan tersebut. 
Waw, amazing! kata hati saya. Bagaimana seorang PTJ boleh menjawab begitu. 
" Puan, saya tidak akan sahkan selagi tidak ada penerangan atau detail dari pihak Puan. Nanti yang akan menerima masalah, pihak kami. Kami yang tidak akan menerima bayaran, bukan pihak Puan, " saya cuba untuk berkeras. 
"Baiklah, saya akan minta pegawai saya untuk buat semula," dia memendekkan bicara.

Pesan saya, janganlah malas jika itu sudah menjadi tanggungjawab. Janganlah nak cepat, kalau itu sudah menjadi kemestian. Janganlah menyusahkan, jika diri sendiri boleh ikhtiarkan. 

3 & 4 NOV 2018

Ok itu cerita pasal kerja, hari ini jatuh tarikh hari lahir isteri saya. Saya memang susah nak ingat tarikh. Tapi memandangkan hari lahirnya berselang dengan tarikh lahir anak saya yang ke dua, jadi mudah saya mengingatinya. Seperkara lagi, saya tidak menggalakkan sambutan hari lahir melainkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Cukup dengan belanja makan-makan dan doa agar dipanjangkan usia serta di bawah peliharaan Yang Maha Esa.

HAPPY BIRTHDAY MARWAN... semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata penenang jiwa abi dan ummi.... Inshaa Allah... Amin






Inilah kami saat baru bergelar suami dan isteri. Masing-masing segan. Tapi masa berlalu begitu pantas, tahun hadapan anak pertama dah memulakan persekolahan di sekolah rendah. Panjang lagi perjalanan kami. Semoga zaujati terus sabar dan tabah dalam menjadi seorang isteri yang solehah.

Hanya 4 perkara yang seorang isteri perlu lakukan untuk memastikan diri nya masuk ke syurga...

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.”
HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani
itulah kelebihan seorang perempuan yang bergelar isteri.

HADIAH...???


Alhamdulillah wa syukurillah... berkat bertahan dan berkhidmat untuk majikan yang begitu berpengalaman dalam menguruskan perniagaan katering, inilah hadiah yang diberikan. Kalau nak tunggu duit sendiri terkumpul, agak sukar untuk menanti apatah lagi ditambah dengan perbelanjaan bulanan untuk keluarga dan sekolah anak-anak. Itu lebih menjadi keperluan utama. Terima kasih atas keperihatinan dan keperluan saya.

nampak tak tidur bersilang kaki ?? haihlah abg bam...bam... 


Inshaa Allah, selepas ini saya akan menyelesaikan pula urusan 2 buah kereta arwah ayah yang masih diatas nama arwah. Agak ketat dan remeh juga prosedur nya. Namun, perlu diuruskan juga, jika tidak lebih sukar untuk diselesaikan.

oklah, jom kita sambung urusan yang belum selesai. Inshaa Allah yang terbaik hanya dari Dia Yang Maha Esa...

Ulasan