MADRASAH JAMILAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamuamaikum wrt wbt

Selamat berhujung minggu kepada para pembaca sekalian. Syukur kita masih diberikan nikmat iman dan Islam. Kesempatan untuk menikmati udara yg segar, menghirup oksigen dan melepaskan kabon dioksida. Kitaran yang Tuhan tentukan sebagai kebergantungan manusia bersama alam. 

Hari ini, anak-anak diraikan dalam satu majlis mencungkil bakat. Tiada yang pernah menyangka, anak-anak yang hanya diam si rumah, mempunyai bakat yang dicungkil oleh mualimah-mualimah yang berwibawa. Tahniah buat mereka. Bukan mudah untuk meyakinkan anak-anak untuk berdiri di hadapan orang ramai melihat dan menonton, ada juga yang merakam untuk membuat persembahan.



Ibu bapa juga tidak ketinggalan, merakamkan detik indah bersama anak-anak. Waktu inilah pelbagai pakaian dikenakan oleh anak-anak mewakili persembahan masing-masing.

Latihan demi latihan dilakukan, tidak kira hari persekolahan mahupun pada hari cuti. Semata-mata untuk memastikan anak-anak bersedia dengan persembahan masing-masing. Kejayaan awal buat para pendidik. 

EMOSI

"anak-anak perlu berkumpul di sekolah jam 7.30 pagi," 

Mesej masuk ke whatsapp berkumpulan. Seawal jam 6 pagi anak-anak dikejutkan. Si ibu dari malam telah menyediakan segala kelengkapan untuk anak. Biasalah ibu mana yang tidak excited apabila anaknya dipilih memasuki pertandingan. Bahkan berdebar, kuatir ai anak akan membuat drama di pagi hari.

Alhamdulillah, fasa pertama berjaya diharungi dengan jayanya. Anak-anak pantas bangun tanpa sebarang masalah. Mungkin kerana umpan, "nanti habis pertandingan kita gi main pantai yer,". Terus segar mata si anak apabila ibu mengejutkan dari lena. 

"Jom, kita beli roti dan air kotak. Buat alas perut," kata ibu. 
Kebetulan si ayah ingin mengisi tangki minyak kereta. Jam 6.45 pagi.

"Ibu,  nak yang ni!!" Tiba-tiba kedengaran suara di kecik mejerit dalam kedai mesra.

Mesra sungguh kedainya, segala benda ada dijual. Permainan yang berharga RM 5 pun boleh didapati dengab harga belasan ringgit. 

"Kalau tak kerana nak masuk pertandingan, jangan harap ibu nak beli," kata ibu yang terpaksa akur dengan bentakan si anak.
" Awal-awal lagi dah habis RM50," ibu belum habis mengomel. 
" Kata nak roti, masuk-masuk aje mintak mainan," sambung ibu lagi. 
" Kamu ni mengada-ngada yer abg! Belum apa-apa lagi dah mintak mainan macam-macam," sambung si abi pula setelah 5 minit kenderaan bergerak.

Masing-masing emosi tidak stabil. Si ibu kehilangan RM50 akibat dikekah anak-anak. Si abi berang kerana anak-anak awal lagi menunjukkan perangai yang membentak-bentak membuli si ibu. Sementelah, perut pula merasa lapar. Bertambahlah rasa angin nya. 

SARAPAN

Menjadi petua si abi, apabila nak beremosi segera mengisi perut dengan sebarang makanan. Menyampaikan oksigen yang secukupnya kepada otak amat penting bagi mengawal emosi yang tidak stabil. Alhamdulillah, dapat merasa nasi lemak daun pisang warung di depan sekolah kebangsaan teluk kemang. Sedap!!

Begitu juga anak-anak dan si ibu. Sarapan diberikan bagi memastikan mereka tidak beronar. Menu yang sama, tapi si anak makan tanpa sambal. 

MASIH ADA WAKTU

7.45 pagi melangkah masuk ke kawasan sekolah. Alhamdulillah, masih belum penuh dewan. Anak di bawa ke tempat berkumpul bersama ahli pasukan yang lain. Jelas keceriaan terpancar pada wajah anak-anak. Teringat kembali zaman si abi menjadi anak-anak tadika. Seringkali dipilih untuk mewakili untuk sebarang acara. Saat itu, abah dan mama bertungkus lumus menjadi jurulatih dan juruletih melayan kerenah si abi. Hari ini, masa berputar, si abi dan si ibu pula merasai situasi yang sama.



8.50 pagi, majlis belum bermula. Mungkin seketika nanti. Saat si abi mengarang, si ibu rancak melayan ragam si anak. 

Agak-agak ada drama yang berlaku selepas ini?? 

Waalahualam... Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. 

"keluargaku syurgaku" 


03 Zulhijjah 1440 Hijri :: 4 Ogos 2019 Miladi
0856

Ulasan

ahmed berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.