Bila nak berubah??


Apa khabar semua? Moga hari-hari yang mendatang menjadi ceria sepertimana cerianya cahaya sang suria pagi. Jika ada antara kita yang menjadi malap, biarlah malap itu untuk seketika, kembali bertenaga apabila telah dicas semula.

Titipan kali ini, lebih kepada tip-tip komunikasi yang berkesan antara kita sesama manusia. Sejak kebelakangan ini, sering berlaku etika percakapan yang tidak kena. Tambahan lagi apabila kita berinteraksi dalam dua hala, atau dalam bahasa Inggerisnya, face to face. Bagai hilang budi bahasanya.

1. Penggunaan kata ganti diri.
Pilihlah yang betul. Biarpun kita bersembang sesama kawan, gaya bahasa itu biar kena dengan tempatnya. Penggunaan kata ganti diri 'Kita', hanya digunakan untuk kata ganti diri yang ramai. Bukan digunakan untuk kata ganti diri perseorangan. Apabila digunakan, ia menunjukkan kita tidak matang dalam berbicara.
Pengecualian diberikan bagi loghat-loghat yang tertentu, seperti loghat Kelantan, yang menggunakan 'Kita' sebagai tanda hormat antara yang muda dengan yang tua. Begitu juga dengan loghat utara, menggunakan kata ganti nama 'Kami' sebagai kata ganti diri kepada saya.
Sebagai bos pun apa kurangnya.

"Engko siapkan report ni, nanti engko letakkan atas meja saya," seorang bos mengeluarkan arahan.

Relitinya, memang dia seorang bos. Namun status jawatannya, tidak memberikan dia lesen untuk tidak berbudi bahasa. Kepimpinan kan melalui tauladan. Sukar ke nak menyebut perkataan 'awak'? Kenapa mesti 'Engko'?


2. Adab ketika bercakap.
Apabila orang bercakap, kita perlu mendengar terlebih dahulu. Bukannya menjampuk. Lebih baik menjadi pendengar yang setia dari kita menjampuk tapi tak tahu hujung pangkal. Kalau nak tunjuk peramah pun bukan begitu gayanya. Apabila ditanya, kita jawab. Kalau tidak, diam lebih baik. Tambahan lagi apabila bersembang bersama orang tua-tua. Tidak perlu menyibuk dengan bertanya pelbagai soalan, jika hal yang dibincangkan tidak ada kena mengena dengan kita. Jika ingin memberikan pendapat sekalipun, dengarlah terlebih dahulu. Bukannya mencelah di tengah-tengah tanpa mengetahui hujung pangkal. Itu akan membuatkan orang lain lebih sakit hati dan bengang.

3. Halal dan Haram
"Yang halal itu jelas dan haram itu jelas," pesan Nabi Muhammad SAW pada kita. Jadi, mengapa masih kita memilih untuk meletakkan diri kita di ambang kemurkaan. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu haram bercakap berdua-duan. Tapi itu yang dipilih. Kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga haram bersentuhan, tapi itu yang dipilih.
Yang telah bergelar isteri mahupun suami, jagalah adab bercakapan dengan orang yang bukan muhrim agar tidak menimbulkan fitnah mahupun menyakitkan mata. Si isteri, jagalah adab untuk menjaga maruah suami. Apatah lagi maruah diri sendiri. Begitulah juga dengan suami. Jangan biarkan kita menjadikan diri kita hanya boneka. Memandang tanpa melihat. Tahu tapi buat-buat tak tahu.
Sebetulnya, si isteri wajib melakukan apa sahaja dengan izin suami. Jika ingin menyampaikan sesuatu mahupun mengambil sesuatu dari lelaki yang bukan ahli keluarga, wajiblah melalui suami. Bukan dihulurkan sendiri oleh isteri. Si suami pula janganlah malas jika sesekali ada permintaan dari si isteri. Itu semua dilakukan selagi tidak berlaku darurat.

Hakikatnya, pelbagai lagi masalah komunikasi yang timbul sejak dua menjak ni. Sehingga adakalanya menrosakkan hubungan antara sesuatu pihak. Segalanya akan selesai jika kita berlapang dada untuk menerima teguran dan berfikiran positif serta berubah kearah kebaikan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
good entry i think...
komunikasi dua hala memg sgt penting... komunikasi yg jelas juga sgt penting utk mengelakkan salah faham... tp xsmua manusia itu sempurna.. disebalik kebaikan pasti ada terselit sedikit kecacatan yg mungkin kita sendiri xsedar.. kita cuma sedar cacat org lain je.. jadinya, komunikasi dua hala disini memainkan peranan penting utk menjadi titik permulaan bagi sebuah perubahan.. bukan dengan berdiam diri menunggu org itu berubah dgn sendirinya.... semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya...(^_^)
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
tq for ur comment...tapi sapa anonymous ni eik? kan lebih baik kalau komen itu diketahui sapa yang menyediakan ilmu nya...
teringat pula satu ayat dalam Al Quran bermaksud, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia mengubahkan diri nya sendiri...biarpun beberapa kali ditegur, diexplain, tapi apabila ianya tidak mendapat perhatian, maka hidayah itu hanya dari Allah. Teringat pula hadith Nabi SAW bermaksud, jika melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegur dengan tangan, jika tidak mampu, tegurlah dengan lidah, jika tidak mampu cukuplah dengan doa, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman....
menegur, menjadi satu tanggungjawab bagi mereka yang melihat, merasakan perlu untuk ditegur. Namun sebelah pihak lagi tidak berlapang dada untuk menerima, apa lagi yang boleh dilakukan? Berdoa sahaja lah pada Tuhan...moga-moga diberikan petunjuk...
Tanpa Nama berkata…
Dlm dunia ni,tdapat pelbagai ragam mnsia.Kepelbagaian kerenah manusia ini la yang membuatkan setiap individu itu unik. So, mesti la cara untuk menasihati stp individu adalah berbeza.Ada individu yang blh ditegur dgn menggunakan sindiran dan cara yang kasar. Ada individu yg tak kisah andai kesalahannya ditegur dan diperbetulkan di hadapan khalayak ramai.Dan ada jg individu yang prefer agar kesilapannya ditegur secara personal, berseorangan atau face-to-face.
Kt perlu ingat tujuan kita memberikan teguran kepada orang lain. Kt menasihati seseorang individu utk memperbetulkan kesalahannya agr dia sedar lantas memperbaiki kelemahannya.Tguran tu bkn ditujukan kpd org yg ditegur shj, malah sepatutnya menjadi peringatan buat org yg menegur, iaitu diri kita sendiri, utk muhasabah diri kt.
Seandainya teguran yang kt berikan tu tak diterima, bersabarlah. Anggap itu sebagai ujian dpd Allah SWT untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita. Jgn terlalu mudah berputus asa.
Dan kalau nasihat yg kita berikan menyebabkan individu yg ditegur berubah ke arah yang lebih baik, jangan pula kita rasa kita yang telah berjaya mengubah orang itu. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan arah tuju hidup hamba-Nya, sama ada kebenaran atau kesesatan. Oleh itu, ucapkanlah syukur hanya kepada Allah SWT..(^_^)
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
Satu lagu komen yang sungguh menarik...tapi alangkah lebih menariknya jika pembaca mengetahui siapakah sifu yang menaipkan entry komen di atas..berani kerana benarkan...berani memberi komen dan memberikan ilmu, pasti juga berani menyatakan siapakah empunya diri...
baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kita, hakikatnya kedua-duanya dari Allah Taala...
Tanpa Nama berkata…
the best way to succeed in life and be respected, is to act on the advices we give to others.....not just advice, advice and advice again.........
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
cool, tq for ur comment...i'm agreed too...in addition there are certain exception than we need to look forward, succeed or failure, its belongs to Allah, as human being what we have to do is "DUIT", its could be "Do It" or "DUIT". The question "Who am I" is belongs to us. Than, we could know what we had done in our life. Did we act as human? or as a husband, or as a a wife, as a daughter, as a son, as a brother or as a sister, exactly? And the most important, did we act as servant of Allah SWT? May Allah bless us...