NOVEMBER ... itu manis...

Assalamualaikum...
Saat ini, saya sedang menantikan juadah yang ditempah delivery. Mudah sekarang, semua online... click...click... order... Tak sampai sejam, sampai. Sambil menanti, teringat pula nak mengukir sedikit coretan untuk blog ini yang semakin usang. Sawang pun banyak juga. Dalam hati memang sangat ingin bergiat aktif semula dalam bidang penulisan. Inshaa Allah, niat yang baik mudah-mudahan akan menimbulkan konsistensi dalam perbuatan.

TERIMA KASIH

Ok, saya nak ucap terima kasih pada customer dan prospek yang datang di Hype Hotel minggu lepas bersempena dengan pelancaran pakej wedding yang baru. Sangat terharu apabila dalam masa yang singkat, ramai yang memberikan respon yang positif, Alhamdulillah. 

Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan customer untuk menempah kesekian kalinya bagi pakej perkahwinan. Yerlah, riban-riban kan, bukannya puluh-puluh. 
"Lepas subuh tadi, tiba-tiba saya baca di status En Rusdi ada open day, tu yang saya terus call tu,"
"Owh ye ke, Alhamdulillah. Terima kasih Puan,"
"Tak sangka pulak, bakal besan pun free nak datang. Tu yang sampai ni,"
"Baik, jemput makan dulu Puan, nanti kita sambung lagi sembang," 

Syukur, itu lah percaturan Tuhan. Betul kata orang, rezeki tak salah alamat. Apa yang penting, berusaha, ikhtiar dan tawakal. 

SEMALAM YANG GELISAH

Sebenarnya sebelum terjadi hari yang indah itu, berlaku juga dugaan yang tidak terduga. Hampir mengalah juga hati. Tersandar seketika di kerusi kereta apabila mendapat berita sememang nya menjerut perasaan. 

"Cancel ajelah Rusdi, tak payah buat!" Itulah kata bigg bos saya.
Saya masih menenangkan diri dengan mendengar sahaja apa yang dia luahkan. Pastinya kata-kata itu hanya luahan saat emosi tidak boleh dikawal. 

Tidak berhenti telefon saya berbunyi. Habis perbualan, satu demi satu panggilan telefon masuk untuk mendapatkan kepastian. Saya masih mengekalkan ketenangan. Cara saya mudah, pastikan ada sesuatu yang boleh dimakan. Paling mudah, coklat. Bukan makan untuk mengenyangkan. Tapi sekadar untuk menghilangkan stress. Apabila otak dibekalkan dengan oksigen yang cukup, maka kita akan dapat berfikir dengan waras. 

Akhirnya, saya mengambil tindakan jalan tengah dengan meneruskan juga, tetapi konsepnya agak sedikit bertukar dengan santai dan sempoi. Alhamdulillah, bila mendapat kerjasama dari banyak pihak yang mendokong acara ini, saya menjadi semangat untuk meneruskan. 









"indah itu bahagia..."

BIAR BERBICARA

Segalanya berjalan lancar. Hujan lebat di hujung petang, membuatkan saya sempat lagi berbual dan bertanyakan pelbagai platform bagi menjayakan marketing dan jualan untuk pakej yang terbaru. Doa saya, semoga segala usaha yang dibantingkan menjadi satu titik mula semangat yang baru. 

TERIMA KASIH SEMUA.... AKHIRNYA ITU, TERBENTUK SATU PERMULAAN... 

Ulasan