Rindu Tanpa Bicara

Assalamualaikum.... 
Pantasnya masa berlalu. Meniti setiap detik yg berlalu membuatkan kita sering terpesona dengan nikmat dunia. Sesekali Tuhan memberikan peringatan, agar kita melihat kembali jalur usia yang semakin hampir dengan titik penghujungnya. Alhamdulillah, ruang bernafas masih dibuka utk terus mengabdikan diri mencari keredhaan taubat dari Nya. 
Semalam Dia memberikan kegembiraan. Tidak mustahil esok Dia menceritakan kedukaan. Apakah lesen utk kita bersangka buruk dengan Tuhan? Jangan sama sekali pernah wujud di lubuk sanubari. Lihat nikmat yg dikurniakan. Cukup utk kita menilai, tidak terjangkau dek akal, betapa besarnya nikmat yang dikurniakan. Masih lagi tak bersyukur? Siapa kita utk mendustai nikmat yg dikurniakan? Hentikan rungutan! Perbanyakkan amalan. Ingat pada Dia! Kerana Dia lah yang telah menciptakan. Tidak pernah dibezakan, biar siapa pun kita.

Bahasa rindu tidak pernah salah. Hanya kita yg gagal utk mentafsir. Tiada ungkapan yg boleh dinyatakan. Hanya hati yg bertaut mampu utk merasai. Nilai kembali jika kita manusia berperibadi. 

BODOH SOMBONG

Sentiasa merasakan dirinya yg salah itu betul, dan menganggap org yg menegur kesalahannya hanya mementingkan diri. Tidak salah untuk menganggap diri kita salah dan menerima teguran jika benar tegurannya. Hakikat tidak sama dengan makrifat. 

Pastikan kedudukan kita benar dan tidak menduakan kedudukannya. Sedar kekuatan dan kelemahan diri. Jangan menukar kelemahan sbg kekuatan dan sebaliknya. Kekuatan harus menutup kelemahan yg ada. Tidak perlu utk menunjuk pandai jika perkara itu, perkara yg bodoh. 

SAMAR DALAM TERANG

Disebabkan keegoaan diri, kita sukar menerima tunjuk ajar dari mereka yg lebih berilmu.  Bagi kita, apa yg kita laksanakan, itulah yg terbaik dah tiada salah nya. Sedangkan apa yg dilakukan itu, bertentangan dengan hakikat yg sebenar. Paling menyedihkan, sudah ada petunjuk utk membetulkan tetapi dek kerana ego, cahaya itu diabaikan dan memilih utk menutupnya. 

Hukum alam jelas, amat sukar jika tiada kerjasama, saling memahami. Bertambah lagi sukar, jika tiada kenal diri dan posisi. Semakin sukar, apabila hilang rasa hormat pada mereka yg selayaknya dan menganggap kitalah yg perlu dihormati dan bukan dia. 

BUKAN MILIK KITA

Antara perkara yg sering kita lupa. Semua milik Dia. Kita berlagak seperti kitalah yg empunya rezeki. Kita lupa, itu adalah amanah dari Dia. Bukan hanya utk kita semata. Kita hanya usaha umpama hidup 1000 tahun lagi. Tp kita lupa utk menetapkan hati umpama mati esok hari. 

Kita diajar berharap pd Dia, bukan pada manusia. Cuma kita lupa utk berterima kasih pada Dia. Amat jelas segala yg berlaku adalah utk mendekatkan kita dengan Dia. Pesan pada hati, jangan pernah berbolak balik. Tetapkan pada yg Satu. Tiada guna ilmu tinggi melangit, tp sekadar dibibir tidak mentauqidkan di hati. 

BIAR LEMAH JANGAN LEMBIK

Kita manusia serba kekurangan dan lemah. Kerana Dia yg Maha segala. Tp kita bukan lembik. Lembik dalam menempuhi dugaan. Lembik dalam berusaha. Lembik dalam beribadah. Lembik dalam mencari rezeki. Lembik dalam menjalankan tanggungjawab. Lembik dalam membuat keputusan. Lembik utk berfikir. Lembik utk menjalankan segalanya. Ingat, peribadi kita, adalah siapa kita. 

Bermula dengan mabuk, kita akan terjerumus ke lembah zina. Bermula dengan bermalasan, kita akan terpelosok ke sifat lembik yg merimaskan. 

Buka langkah menuju titik temu. Antara berjaya dan dirahmati. Setiap tindakan diberkati. Bukan hanya menanti tp harus mencari. 

Waallahualam... 


13 zulkaedah 1440h
1240

Ulasan