Kemanisan di Balik Kepahitan


Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad 

Wa Ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Semoga kita masih berada di bawah kasih sayang Yang Maha Esa.. 

Hari ke 6, di hari Kawalan Pergerakan. Hari ini, Seremban disenaraikan sebagai kawasan merah. Antara kawasan yang tinggi dengan 42 kes COVID-19. Alhamdulillah, Tuhan masih memberikan kenikmatan yang tidak dijangka, masih boleh bernafas dan diberikan iman dan Islam. Walaupun dalam keadaan tidak dibenarkan untuk bersolat jemaah di masjid mahupun surau, tapi itulah hikmah untuk kita berjemaah bersama keluarga terdekat. Selain bertabbur untuk menguatkan lagi hati-hati ahli keluarga kita. 

Sekalung penghargaan buat mereka yang berada di barisan hadapan. Doktor, Jururawat, Polis, Tentera, sukarelawan dan badan-badan NGO. Rela mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan baik dan terkawal. Paling penting, mereka memberanikan diri untuk berhadapan dengan pesakit-pesakit yang membolehkan diri mereka juga dijangkiti. Demi tanggungjawab, mereka memberanikan diri. 

KEMELESETAN EKONOMI

Pastinya, itulah yang bakal menghantui mereka yang tidak bekerja. Dari 18 - 31 Mac 2020, bukan jangka masa yang pendek untuk mereka yang bekerja harian. Mungkin tidak menjadi masalah buat mereka yang bergaji bulan. Akan tetapi amat terasa buat mereka yang mendapat gaji harian ataupun berniaga kecil-kecilan. Di situlah segala-gala nya untuk dibuat hasil pendapatan. 

Jangan pernah bersangka buruk dengan Dia Maha Pemberi Rezeki. Inilah masa untuk kita mencari keredhaan Tuhan. Masa yang diberikan untuk kita lebih dekat dengan Dia Yang Maha Esa. Mungkin saat kita bekerja, hampir terlupa dengan Dia Yang Maha Pemberi Rezeki. Jadi, inilah masa untuk kita kembali mencari simpati dari Dia Yang Maha Penyayang. 

Di samping, bukan ajaran Islam juga hanya duduk bersahaja tanpa usaha. Carilah jalan untuk menghasilkan pendapatan. Jalan yang paling mudah, mencari peluang pendapatan dengan jualan online. Satu-satu nya cara yang boleh membantu mereka yang berada di rumah saat ini. Pelbagai product boleh diniagakan. Contoh nya barang-barang #Tupperware. Baju Melayu dan Kurta #ElrahExclusive #Mamasab kek & cookies. Tanpa perlu keluar dari rumah, perniagaan boleh dijalankan. Mereka juga menjalankan pelbagai promosi yang menarik untuk semua agen-agen yang dilantik. Peluang banyak terbentang, hanya perlukan masa untuk promosi dan marketing. Perlahan-lahan kita cuba. Inshaa Allah, pasti ada jalannya. 

KESIHATAN YANG MURNI

Bagi menjamin kesihatan yang murni, langkah penjagaan yang rapi amat penting untuk dititik beratkan. Bermula dengan makanan, pakaian dan kendiri juga penting untuk memastikan virus tidak tersebar. Pastikan memakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Pakaian dibasuh dengan sebersih nya. Hand sanitizer dan penutup mulut hidung perlu digunakan. 

Saat keluar mendapatkan bekalan makanan, pulang sahaja ke rumah sebelum membuat sebarang interaksi bersama ahli keluarga, pastikan baju yang kita pakai direndam dan dibasuh. Mandi sebersihnya. Pelindung mulut dan hidung, jemur di bawah sinaran mentari, sebelum digunakan semula. Kita memahami pelbagai jenis sanitizer dan penutup mulut dijual di pasaran. Jangan tertipu dengan jenama yang tidak sah. Dapatkan maklumat dari KPDNHEP untuk mendapatkan jenama yang diluluskan. Agar tidak memberikan mudarat kepada keadaan diri nanti. 

MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA

Mungkin sudah ramai yang mengetahui simpton berlakunya COVID-19. Antaranya,

1. Sakit tekak
2. Batuk yang berpanjangan
3. Selsema
4. Kesukaran bernafas
5. Demam

Jika terdapat simpton yang dinyatakan, segera dapatkan saringan dan rawatan dari klinik yang berhampiran. Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan sendiri,

1. Jarakkan pergerakkan minima 1 meter dari org persekitaran
2. Amalkan penggunaan "hand sanitizer" (hati-hati, jangan sampai terbakar tangan)



3. Pelindung hidung dan mulut apabila mula batuk dan selsema.
4. Kerap mandi
5. Banyakkan minum air kosong atau air suam.



Banyak juga cara lain yang ramai kongsikan di FB mahupun IG. Boleh cuba, dan gunalah mana yang sesuai. Jika terdapat kemudharatan, mohon hentikan.

AKTIVITI BERSAMA
Mungkin ramai yang bertanya, apa yang boleh dibuat selama berada di rumah. Selain dari memastikan kegiatan pekerjaan dilunaskan, kita juga boleh merancang utk menjalankan aktiviti bersama anak-anak dan isteri. Mungkin boleh dicadangkan;

1. LEGOLAND bersama.
2. Cuci kenderaan bersama anak-anak
3. Bersihkan kawasan rumah bersama.
4. Memasak bersama anak-anak
5. Belajar bersama-sama

Pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama. Bergantung kepada kreativiti ibu bapa masing-masing. Di internet juga banyak link yang diberikan untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak.

DOA YANG TERBAIK

Sepanjang kita berada dalam kawalan, sentiasa berdoa yang baik-baik dengan Tuhan. Paling penting, kita dilindungi Dia dari sebarang wabak penyakit, dan dipermudahkan segala urusan.

Wassalam.

MOHD RUSDI ABDULLAH
03 Sya'ban 1441 Hijri
28 Mac 2020
1530




Ulasan