PERJALANAN YANG MENCABAR


9 Feb 08, mengikuti trip ke Kedah, sempena dengan perkahwinan anak Pengarah Urusan GISB. Bertolak jam 8.30 dari ofis...
emmm menarik juga apabila cheq tak dapat tempat duduk. huhuhu, dilantik jadi ketua tapi tak dapat duduk sebab penumpang lebih ramai dari sit yang ada. Size penumpang pun lebih besar...bas inilah yang kami naiki sepanjang 8 jam perjalanan dari K.L ke P.Besar. Bas ni memang tak sesuai untuk perjalanan yang jauh. Tempat duduk dia yang kecil n kurang selesa, mungkin untuk perjalanan yang jarak yang dekat sahaja. Paling jauh pun mungkin sesuai ke Johor je lah kut. Tapi disebabkan dah naik, so kena teruskan juga lah sehingga sampai ke tempat yang dituju. Kalau tahu dari awal, memang tak pegi punyelah. Bersyukur juga sebab dapat berkenalan dengan ramai tetamu yang tak penah kenal sebelum ni. Bro, Munir, Kak Anis, member dari UM n yang paling best dapat berkenalan dengan driver bas ni, Bro. Sabrie. Bos panggil dia ni ROBOT. Dua hari sebelum trip kami, dia ada trip ke Kelantan, balik dari Kelantan, dia sambung lak trip ke Kedah, sampai aje sebelah pagi, amik bas, terus sambung ngan trip kami...suspect gile lah...yang pakai baju merah tulah, drivernya...umur baru 24 tahun, tapi penuh dengan cita-cita. sejak dia berumur 18 tahun, sudah mula bekerja menjadi pemandu kenderaan berat. Sehinggalah sekarang, dia menjadi briver bas persiaran. Nampak pertama kali macam tak boleh nak bawa bersembang, tapi bila dah bercakap dengan dia, dia memang jenis yang peramah. Dia ni amat rendah diri. Memang susah nak ajak dia makan sekali ke, minum sekali ke. Mungkin sebab etika seorang pemandu kut, tapi memang tak best lah macam tu. Mujur tak dapat tempat duduk, dapat juga sembang dengan dia. Yelah tengok dia mengantuk semacam je, bila sembang tu, boleh lah hilangkan bosan n mengelak dari dia mengantuk.
Tempat yang dituju tak delah yang menarik sangat. Pergi ke P.Besar dan kenduri je, yang paling mencabar, perjalanan yang memakan masa yang lama sebab traffic jem yang teruk. Perjalanan balik, kami bertolak jam 1 ptg, sampai jam 2.15 pagi. Nak bagi hilang penat dalam bas, banyak kali kami berhenti. memang tempat berhenti pun ramai orang. pihak Plus memang kena lakukan sesuatulah, tak boleh dibiarkan. Tempat rehat yang kena naik taraf dan sediakan kemudahan yang lebih lagi. Paling penting perjalanan yang lebih selesa. Ini nak bayar tol pun kena beratur lebih 10 km, apa cerita? sapa yang nak jawab? harga tol makin naik tapi perjalanan makin teruk.
Cerita pasal penginapan lak, kami duduk satu rumah hamba Allah ni, memang best lah. Mula-mula kami duduk 5 orang je, pastu bertambah lagi 8 orang, jumlah yang duduk satu rumah tu 13 orang. Tapi tuan rumah, rilek aje. Tok, memang seorang yang kerja kuat. dari awal subuh, dia bagun tak berhenti membuat kerja rumah sehinggalah menyediakan sarapan untuk kami dan memberi makan ayam ternakannya. Semalam di situ, tak puas rasanya. Mungkin ada masa, akan sampai lagi ke kampung tu.

Ulasan