macam-macam April 08

Alhamdulillah bulan April semakin menjengah ke penghujungnya. Pelbagai peristiwa suka duka berlaku dalam bulan ini. Masalah kerja, peribadi dan pelbagai lagi menjadi ujian dan belasungkawa pada bulan ini.

Pesta buku sudah berakhir tapi kerja untuk menyelesaikannya masih belum dapat disiapkan. Tambahan sekarang semua kerja perlu dilakukan sendirian. Semakin lambatlah kerja untuk disiapkan. Jika sebelum pesta buku, penulis menjadi orang yang terawal membuat kerja untuk mengumpulkan stok begitu juga apabila tamat, penulis juga yang terakhir untuk menyelesaikannya apabila menjadi orang yang terakhir untuk mengira stok dan membuat laporan jualan.

Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja, seorang sahabat pula ditimpa musibah semasa kami sibuk mengemas stor untuk menempatkan buku-buku dan majalah yang akan masuk. terkejut juga apabila rak besi yang telah pun berusia tiba-tiba runtuh menghempap kakinya. Dia hanya mampu bertakbir menyebut kalimah Allah beberapa kali kerana tidak mampu untuk mengalihkan kaki. Kami berlima juga gagal mengangkat rak tersebut sehinggalah penulis mengeluarkan arahan untuk menolak keluar semua buku yang telah disusun untuk meringankan beban yang menimpa di atas kakinya. setelah hampir separuh dibuang, barulah dapat mengangkat rak besi tersebut. Dengan perlahan kakinya dialihkan. Terus penulis membawa ke klinik dan hospital. Rentetan itu, dia diberikan mc selama seminggu dan dinasihatkan bercuti selama sebulan.

Dalam pada itu, penulis dikejutkan dengan satu email yang tidak disangka-sangka akan menempel di ruangan inbox. Bagaikan mimpi, mendapat email tersebut. Berbelah bahagi juga sama ada untuk membalas ataupun tidak. Namun demi hubungan ukhuwah fillah, penulis membalas dengan harapan jawapan berskima itu dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda penghantar email tersebut.

Sementara itu, penulis masih tertanya-tanya ke mana menghilangkan seorang insan yang amat bermakna dalam hidup penulis. Sekian lama penulis menantikan khabar darinya namun tak kunjung tiba. Penulis cuba untuk mendapatkan berita dari sahabat terdekatnya namun gagal. Hanya doa yang dapat penulis titipkan untuk dirinya. semoga Allah melindunginya dari segala kejahatan dan kemaksiatan....

Penulis teringat kembali lirik lagu yang pernah penulis nukilkan untuk anak-anak murid sekolah teknik gombak,

ku sering bertanya
siapa diri ini
kisah duka lalu
menghiris kalbuku

tiada terkira
peritnya hatiku
mengenang
penderitaan dulu

terlalu ramai
tikaku gembira
namun tiada
pabila kuberduka

siapakah mereka
di dalam hatiku
adakah teman
ataupun kawan..

tiada siapa yang tahu
perit pedih hatiku
tiada siapa yang mampu
mengubat jiwa pilu

ku tetap sendiri
tiada berteman
itulah lumrah
dalam kehidupan

disangka panas
hingga ke petang
rupanya hujan
ditengah sinaran mentari

jalan yang disangka
bawa kemuliaan
rupanya durja
di tengah lautan

kini ku tahu
siapa diri ini

diriku tetap
sendiri lagi.....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sian die assist dh xde ek...xpe sbr ek xlme lg dptla assist bru..huhu
siapakah insan yg amat bmkne itu..hehe