Fikir Syukur..

Renungi diri itu
dalam cermin tafakur
bukan kah Tuhan itu
Maha Sempurna

Insafi Diri itu
dengan bersyukur
tanpa rahmat Nya
kita tiada

siapa kita
untuk menderhaka
sedangkan kita
tiada saham untuk Nya

siapa kita
untuk terus kufur
sedangkan Tuhan
murah nikmat Nya

namun masih
ada yang leka
seakan mencabar
Yang Maha Kuasa

Tidakkah kita
gerun neraka
azabnya tak tertanggung
oleh kita yang lemah

betapa beruntung
orang yang bertaqwa

mari bersama
mengenal diri
supaya dapat
menginsafi

menjadi hamba
yang berperibadi
mudah-mudahan selamat
di titian sirat

buat mereka
yang mahu BERFIKIR...

Ulasan

The Spiral Eyes berkata…
alo...silaadakan parti buih sabun ya..saya menjemput anda menjadi salah seorang follower saya