Gaya tidoooo...

Dalam duk asyik nak ucapkan selamat malam, ada satu email lak semalam yang masuk. Boleh kita kongsi bersama. Erm ada yang kena, ada gak yang macam tak kena je...hehehehe

Gaya tidur anda....

"1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak
tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan
sentiasa bersemangat untuk belajar.. Kadangkala
kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik
yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh
individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam
hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik
mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin
disebabkan diri mu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang

ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu
itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah.
Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu
berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara
bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.
Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau
sewaktu dalam tidurmu.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di
belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang
dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri
dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri.
Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun
sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu
memang dipuji.

4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa
silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering

teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi
cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta
telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam
adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan
personaliti mu. Individu yang berada di
sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya
tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah
akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki
dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu
mengkritik dan merungut. �Si gemuruh� itu adalah
nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga
mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk
sesuatu perkara yang kecil/kurang penting.
Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar
sebaliknya kamu harus
belajar uuntuk lebih
bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan
tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya
tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah
individu yang berani, bersopan santun, lebih
jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada
manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru,
kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh
di dalam diri dan sentiasa belajar menerima
kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu
itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini,
kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah
individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan
mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu
lakukan.. Kamu akan berusaha untuk
merealisasikannya sebaik mungkin.
Individu yang
tidur mengiring pada arah kanannya dengan
meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan
memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit
mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri
mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan,
keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga
adalah tergolong dalam kategori pemboros namun
kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki
tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar
bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa
pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu
baru-baru ini?

10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap
sepanjang malam, kamu adalah individu yang
berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu
tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk
memenuhi
impian diri kamu sendiri. Kamu juga
adalah individu yang lalai dan tidak teratur!
Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah...
apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu

heheeee....selamat malam....

Ulasan

Luth Textile berkata…
ada jugak kebetulan dalam artikel encik nih...

menarik..
Mohd Nasri berkata…
samo la pakcik noo..
hehe
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
luth...tulah ada yang kena batang hidung sendiri...ada yang tak..tak gitu mohd nasri..??hehehehe
p i j a h berkata…
err.. kalo tido bejalan cam citer im not single ampeh tu... canne???? huhu
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
ermmm...biarkan je dia berjalan..tgk ke mana dia pegi...hehehehe
azad berkata…
kalau tido berdengkur lak camner?? enggak ada disebut pun dalam tu..
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
kalau tido berdengkur, maknanya bila dia nyanyi, picthing dia lari...cepat kejar!!!...