Untuk Ratu Hatiku..


Senyumanmu membenarkan kata
lirikan matamu gambaran cinta
keayuan wajahmu ikhlasnya hati
kau bertakhta di sanubari

Sentuhanmu bak sutera kasih
belaian mu nan menggamit jiwa
kala sedih dikaulah penawar
penyembuh duka lara

Sedih pilu
bila kau tinggalkanku
rindu sayu
bila kau pergi jauh

Sunyi sepi
bila kau tiada di sisi
terasa diri ini
hanya tinggal sendiri

Andai terbentang permaidani indah
akan ku susuri bersama ratuku
jika dia tetap berada di sisi
bersama menuju redha Ilahi...

p/s : jangan salah faham ye...
buat yang teristimewa, kau ratu hatiku..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamuaikum,
Salam ziarah...saya baru berpindah ke rumah baru..jemput ziarah jika berkelapangan ya..

mohon tunjuk ajar...

Comel baby tu...anak abang ke?
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
waalaikumussalam...ehh kan dah cakap kat bawah tu jangan salah faham..hehehe...tkasih kerana menjemput...