Cinta ke, Suka?

Kadang-kadang kita terkeliru dengan perasaan kita sendiri. Dengan siapa kita bercinta, dan dengan siapa kita suka. Adakah dua perkara itu sama? Jika tidak, sejauh mana perbezaannya. Mungkin entry di bawah dapat membantu, tapi masih terpulang pada penilaian diri sendiri...kan...?

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang..

Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...

Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...

Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...

Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta?. .

Ulasan

Rosie Rose berkata…
setuju... perasaan mmg susah nak ditafsirkan. igtkan kite yg paling arif ttg diri sendiri, tapi kadang2 dgn diri sendiri pun rasa keliru.
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
ladyeena...selalunya teman menjadi cermin kepada diri kita kan..terima kasih, memberi idea...hehehe...semoga akan bertemu dengan nilai cinta hakiki...