Episod 2

sambung kembali untuk episod ke dua...




saya gerak lebih kurang jam 7 petang dari KL. sebenarnya saya tak keseorangan. pergi dengan Opy...saya Opy ni? seorang tentera di TUDM Butterworth (yang kat atas tu sebelah saya, dialah tu..perasan handsome, hehehehe, padahal jambu). Kebetulan dia cuti panjang, jadi saya plan dengan dia untuk pergi sana. Satu perkara yang sama, kami bujang. kwang2... Nak ajak bestfriend saya, dia dah kahwin n kebetulan lak dia ngah ada masalah. So tak nak penat kan dia lagi, walaupun sebenarnya dalam miggu lepas ada salah faham sikit antara kami, hehehe...salah faham orang lelaki biasalah, tak puas hati terus cakap, habis tu, kira habis lah...tak bawa berhari2 pun, beza dengan orang pompuan kan...? hehehehe, jangan mare rr...

Ok, sambung balik, sampai dalam kul 11 malam, check in hotel pastu sembang sampai kul 5 pagi, hehehe. Lama tak jumpa so banyaklah benda yang disembangkan. Hal itu, hal ini...terlalu panjang untuk diceritakan. Yang paling best sebenarnya saya berjumpa dengan anak buah PLKN saya dulu. Punya lama baru jumpa, tahap gaban lah... sebelum ni, dengar cerita, dia macam orang susah, tak cukup itu, tak cukup ini...tapi bila jumpa sekarang, mak aiii...kereta waja siap modified...kos modified aje hampir 20K. Lupa lak saya nak ambil gambar kereta tu. Persoalannya, saya macam confuse sikit dengan cerita yang dia ceritakan pada saya sebelum ini. Betul @ diada2kan...hehehehe (hanya Tuhan yang tahu). Biarlah, yang penting sekarang dia dah ada kehidupan dia dan paling2 penting, dia tak nyusahkan saya. Hahahahahahaha...

bergambar di kota belanda...
Lepas aja saya balik dari pangkor, kami dah keletihan. Masing2 dah stand by nak landing atas katil. Walaupun tak lah mandi pantai or activity lasak tapi penat r juga duduk atas motor pusing satu pulau. Konon2 nak jalan kaki lah, tak sampai 100 meter, dah nak krem, terus sewa motor..hai, dah tua...malam lak kami pergi makan ikan bakar jam 11 tgh malam. Erm tak penah dibuek oghang, makan malam sampai jam 11 malam. Macam mana tak boroi perut! hehehehehehehe
Hari ahad, kami bertolak balik...singgah Ipoh sebab saya ada appointment dengan client saya, jam 2 petang. Kalau ikut nak aje singgah cameron highland. Tapi atas nasihat Opy, saya membatalkan niat di hati. Terima kasih Py, kalau tak hari ni memang dah mc dah...hehehehehehehehe...
Jam 7.45 sampai rumah, selepas selesai hantar Opy balik umah. Perjalanan saya dihujung minggu..
Buat Opy, thanks banyak2...tak ternilai budi walaupun diberi semua harta di dunia ni...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wah..macho gambar, hehe.. selamat kembali berblog..
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
mak aiii..jangan lah keji...puji lagi, pujilah, pujilah..hahahahahaha