Jalan2, Kerja2..

Agak-agak ramai tak antara kita yang selalu menggunakan masa cuti dia untuk bekerja? Ofcourse mesti ramaikan, time ni lah nak ambik gaji double pun. Tapi jangan lupa gak pada mereka yang sedang menantikan surat berhenti dari syarikat gergasi. Mata wang dunia yang meleset menjadikan ramai yang tidak dapat survive dengan tuntutan kehidupan yang semakin meningkat sekarang ni.
Cuti tahun baru Cina, saya menghabiskan masa berjalan ke sebelah johor, pahang, terengganu dan kelantan. Memang penat tapi happy dan puas hati. Ikutilah perjalanan saya...hehehehehe

Hari Jumaat lagi saya mulakan perjalanan, ke Segamat. Bermalam di Hotel Sri Pelangi. Dalam perjalanan singgah di Nilai, ambil bapa mitahli, Ahmad Shanawey...nantilah cerita pasal dia...hehehehe..Antara sebab saya panggil dia bapa mitahli, dia dah bekeluarga dan mempunyai anak seorang. Isteri masih masih lagi seorang. Tak tahulak lepas ni...jangan mare Awie...

Sabtu, uruskan sedikit urusan personal di Segamat, selesai aje saya terus ke Kuantan. Misi, service kedai Hamid Bros dan Pustaka Saujana. Dah lama gile tak berkunjung ke sana. Dah selesai terus ke Paka, jumpa dengan Sailani (agen untuk Terengganu), ye ke?
perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Perut dah lapar giler... makan tengahari kat Segamat, makan malam kat Kuala Terengganu..pergh tak ingat punyelah...jalan tak delah jem sangat, cuma kenderaan banyak je...so slowla sikit bawa kan...
Hotel lak satu hal, memang susah nak cari..kebanyakkan penuh, cutilah katakan, nasib baik ada satu hotel ni, Mid Town City Hotel. Lepas saya check in, terus full house..memang rezeki saya..Kami tinggal di tingkat sembilan. Member sorang ni, memang tak ingat apa, sampai bilik terus baring..lena sampai pagi esoknya...Pemandangan dari tingkat sembilan memang cantik. Cubalah menghayatinya. Kalau tak leh, buat-buat jelah boleh, hehehehe...





Ahad, kami pusing ke kedai buku Banggol dan Pustaka Seri Intan. Dua kedai yang tidak asing lagi di K. Terengganu. Boleh dikatakan sebagai lubuk atau kawah besar. Memang besar gilerlah kedai dorang tu. Setiap kedai yang saya masuk, service yang saya kena buat. Biasalah keje bahagian pemasaran kan...nak tahu lebih lanjut apa yang dikatakan service tu, nanti kita bincang kan eik...kat Terengganu tak sempat nak jalan ke mana-mana sebab orang ramai, jalan sesak. So kena teruskan dengan cepat ke Kelantan pulak. Gerak lebih kurang kul 12 nak ke pukul 1, sampai di Kelantan lebih kurang 3.3o ptg. Macam biasa, jalan jem...memang ramai giler yang masuk kelantan. Boleh katakan plat kereta luar, termasuklah kereta saya. hehehehehe...
Memangdangkan sampai tu awal lagi, tanpa membuang masa, kami ronda di pasar siti khadijah, cari apa yang patut...hilang penat jap lepas makan tgh jam 4 petang...pergh macam tak caya je. Tapi kata Siti Nurhaliza, "percayalah...". Ada kaitan ke? dah melalut dah...
Sambil jalan, sambil cari tempat penginapan. Macam dah putus asa je mulanya, yelah semua dah full house. Tapi alhamdulillah, jalan beberapa puluh meter, akhirnya jumpa dengan satu hotel ni. Tak lah glamour mana tapi puas hati, Hotel Politan. Yang paling best, ada internet wireless lagi. Ni yang boleh update blog ni. Walaupun Tv jenis Akira, tapi astro oooo...star movie lagi...dekat lak tu dengan tempat utama, jalan kaki je. Tak gaduh nak bawa-bawa kereta. Malam aje kami jalan ke medan selera. Member saya ni tak biasa dengan juadah Kelantan. Yelah, confirm semuanya manis kan. Adalah yang dia makan tapi tak banyaklah. Jalan-jalan kat uptown KB memang kami tak lepaskan. Sempatlah shopping sikit.. nak tahu apa yang kami shopping? heheheh tak yahlah, nantikan terkejut. Kalah lak orang pompuan. Hehehehe...Dah penat, apa lagi kami tidurlah. Almaklum jelah, esok ada tugas lain lagi yang menanti...

Isnin, temujanji saya bermula lebih kurang jam 10 pagi. Tapi tak kesampaian sebab client saya terlupa dan dia berada di tempat lain. Kami berbincang semula, akhirnya saya bercadang bertemu dengan dia pagi esok. Letih juga, dah drive sejam lamanya, orang yang nak jumpa tu tak de. Tanpa buang masa, saya call lagi sorang. Erm, cuti emergency pulak. Dia mintak saya jumpa dengan pembantu dia tapi pembantu dia tak free lak...hai nasib-nasib. Member saya nampak macam bengang je, tapi saya buat dont know je, hehehehehe...
Operasi diteruskan lagi dengan berjumpa dengan client yang seterusnya. Alhamdulillah kali ni berjaya. Macam-macam yang kami bincangkan, dari urusan strategi sehinggalah kepada pembayaran. Hampir 2 jam kami berbincang, sebelum saya mengangkat kaki jumpa dengan client yang sedang menunggu di KB Mall. Dia belanja air coklat secret resepi, tapi rasa lain macam sikit, lepas saya minum terus sakit perut. Sembang tak adalah lama, lebih kurang sejam je. Macam biasa bincang pasal business.
Akhirnya kami ke Jalan Hospital mencari kedai Maribaca Bookstore, client saya yang terakhir dalam senarai untuk berjumpa pada hari ini. Saya terlupa lak kat sebelah mana kedai dia kan. Beberapa kali pusing dah, perut tak isi lagi (makan tengahari lah..), jam dah kul 4 lebih. Singgah makan nasi air kat nasi air kak Nab. Selesai aje, kami meneruskan pencarian dan akhirnya kami berjumpa. Ambil masa lebih kurang sejam menemuramah perkembangan product syarikat. Kesannya positif. Selesai aje, kami ke tempat lain lak, hehehe. Cuci mata kat kedai batik lak, Pantai Cahaya Bulan. Tapi tak adalah lama, sekejap je. Sebelum Maghrib kami dah pulang ke hotel. Memang penat rasanya, tapi saya control lah tak nak tunjuk depan member saya. Risau nanti dia fikir lain lak, tak nak nyusahkan dia. Selesai Maghrib, kami ke restoren Nasi Kukus, makan nasi kukuslah dengan steamboat. sedappppp....!!!! Perut dah kenyang, apa lagi, balik hotellah. Tidur malam, ada musik pulak kan. Member saya dengkur tak ingat..kalah sound TV! Penatlah kut...Ye ke Awie?..ermmm...

Selasa, pagi-pagi lagi macam biasalah. Kemaslah apa yang patut. Yelah, kami akan bertolak balik ke KL semula hari ni. Sebelum tu ke Tanah Merah dulu jumpa dengan client saya yang tidak sempat jumpa semalam.
"Abe D, minta maaf banyok. Tak leh nak gi jumpo abe D. Anok demam, duk di klinik ni," sms dari Asyraf. Asyraf ni member baik saya. Dah jadi macam adik beradik dah dengan dia. Ingat boleh jumpa dengan dia, tapi tak sempat sebab anak dia demam. Tak pelah, yang penting dia sempat bawa anak dia ke klinik, tu lagi penting.
Lebih kurang kul 12 tgh, kami gerak dari Tanah Merah. Kenderaan dah mula banyak di jalan raya. Masa kuar pagi tadi tak banyak lagi. Kami tempuh jelah. Memang banyak kereta. Jalan sikit berhenti. Laju sikit je, kena perlahan balik.





Fuhhh, memang lenguh kaki. Sampai Gua Musang, saya ambil keputusan untuk berehat. Makan nasi ayam sepinggan RM4.5, perghh..mahal tak ingat. Nak kata sedap tak dolah kan...Tapi dah penat punye pasal, saya makan jelah. Malas nak gi cari tempat lain lak..



Giliran Awie lak ambil alih tugas sebagai jurumudi, hehehehehe. Dia dah tido tadi time saya drive, so sekarang ni kena tukar turn lah pulak. Tak caya dia dah tido...? Ha, tengoklah...



Tapi lepas tu, dia cover balik. Dari Gua Musang sampailah ke Batu Caves dia drive. Hehehehe, jangan mare Awie..Betul dia drive...jap eik...ha...



Siap pakai baju baru lagi tu...hehehehehe
Pendekkan cerita, saya terus hantar dia semula kat Nilai dan saya pun pulang lah ke rumah. Sampai lebih kurang kul 10 malam. Memang penat tapi seronok..

Bagi mereka yang benar2 nak berjalan, rancanglah perjalanan anda supaya tidak menghabiskan masa di atas jalan raya. Time cuti memang kita bercuti tapi biarlah dengan persediaan. Bukan main terjah je macam saya, hehehehe...

Ulasan