LETIH.... Itu nikmat...

Assalamualaikum....

Salam Maal Hijrah buat semua...



Antara sedar dengan tidak, kita telah memasuki 1437 H, tahun baru Islam. Seperti baru semalam melangkah menuju ke tahun 1436, tp hari ini telah bertukar lagi angka yang terakhirnya. Sungguh cepat masa berlalu. Sekali terfikir, seperti penat menghungi segala permainan dunia dan mahu ditamatkan segera. Namun, itu lah nikmat yang Tuhan berikan kepada kita. Khalifah di muka bumi, menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk menuju akhirat.

"kalaulah, kita tak mulakan dulu sebelum ini, pasti tidak akan menjadi begini sekarang ini,"

Sesekali terpacul rungutan dibibir manis, dek tidak boleh menahan dugaan yang mendatang. Jangan disalahkan takdir dengan apa yang telah berlaku. Tidak ada insan di muka bumi ini, yang menginginkan kesusahan. Semua mengidamkan keindahan dan kesenangan. Belum tentu, orang yang kaya itu bahagia. Begitu jugalah sebaliknya. Adakalanya, kita berfikir seolah-olah, kita tidak punya Tuhan. Hanya bersandar pada wang semata-mata. Kita hanya meletakkan konklusi, dengan wang, semuanya akan selesai.

Tukarlah sandaran kita, hanya kepada Tuhan. Sandaran itu, menjadikan diri kita tenang dan boleh bertindak dengan berkesan. Jangan segera panik dengan tekanan yang mendatang. Tanpa petunjuk dari Yang Maha Esa, kita tidak mampu untuk berfikir, dan bergerak dengan aman.



Percaya dan yakin pada tindakan. Itulah kunci sandaran kita kepada Tuhan. Mohon petunjuk,berusaha dan bertawakal. Tidak berkesan juga jika hanya meminta pada Dia. Tapi harus berusaha, agar segala permintaan itu dimakbulkan

Ulasan