Tanggungjawab Vs Tuntutan

Semacam ingin mendapatkan pandangan mengenai satu senario yang melanda. Mungkin pandangan peribadi? Mungkin juga pandangan majority...untuk menjelaskannya, cuba fahami senario yang berlaku...

Si A telah berkhidmat di sebuah syarikat bertahun lamanya, sehingga diberi amanah dengan pelbagai projek. Pada masa yang sama si A juga membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan keana si A mempunyai tuntutan yang perlu dilunaskan setiap bulan. Oleh kerana terlalu banyak pekerjaan yang perlu dilakukan, si A kekadang tidak dapat fokus pada pekerjaaannya. Akibatnya, amanah yang digalasnya tidak dapat diselasaikan dengan sempurna. Tanpa diduga, si A mendapat tawaran dari sebuah syarikat baru yang menawarkan pendapatan lebih dari apa yang diusahakannya sekarang. Tuntutan yang ada, membuatkan dia terpandang dengan tawaran syarikat baru tersebut. Namun dia memikirkan juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan di tempat kerjanya sekarang. Apatah lagi tiada calon yang sesuai untuk menggalas amanahnya. Dia menjadi keliru, yang mana satu perlu diutamakan, antara tuntutan dan tanggungjawab?

Jika kita di tempat si A, apakah tindakan kita?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tunaikan amanah ...

jgn dibebani beban yang tak dapat ditanggung..

ataupun berhenti secara elok ... sambung kerja baru
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
ermmm dengar pandangan razif tu...cadangan yang boleh dipertimbangkan tu...ermmm...