Makan Sepinggan Tidur Sebantal


"Apa yang berlaku di sekeliling kita, penuh dengan cerita," pesan Ust. Zakariya. Editor Kanan di ofis saya.

Hasil dari itulah, pelbagai lakaran kehidupan telah dapat saya coretkan. Tujuannya, mendidik diri sambil berkongsi apa yang diketahui. Namun bukan semua menyenangkan hati. Ada yang terasa, ada pula yang menuding jari. Hendak menafi, tapi itu realiti.

"Kawe tok cayo doh ke demo!" Marah sorang teman.

Apa yang boleh saya katakan, bila seorang teman meluahkan isi hatinya? Sabar, sabar, sabar. Berulang kali pesan saya. Jangan mudah melatah. Sememangnya kita kurang rasional bila kita berada dalam keadaan emosi. Sebab itulah bila saya dalam keadaan marah, saya memilih untuk berdiam diri. Paling tepat ambik air sembahyang. Biar hilang semua pengaruh syaitan tu. Cari ketenangan. Kemudian bina mood dengan cara sendiri. Hehehe, ada yang suka pergi karaoke. Ada yang suka baca Quran, drive kereta dan macam2 lagi. Yang penting halal dan tidak membahayakan diri.

Bukan senang kita nak makan sepinggan dan tidur sebantal. Sebab itu bila kita sudah membinanya, segeralah menjaganya pula. Agar makan kita tidak bersepah, bantal kita tidak nipis. Ilmu itulah yang kurang ada pada kita. Cubalah untuk mencarinya.

Bila seseoarang percaya pada kita, jaga kepercayaan itu. Sekali hilang, bukan senang ia kembali. Betul tak? Mungkin bagi kita umpama jenaka, tapi bagi dia, satu perkara yang menjadi angkara (amik serius lah tu). Tak semua yang kita suka, sahabat kita suka. Begitulah sebaliknya. Bak kata orang tua-tua, hormat menghormati, hargai menghargai. Insya Allah hidup akan diberkati.

Mungkin ada pandangan yang lain...?

makan sayur ni,boleh sihatkan badan..sepinggan seorang..hehehe


Ulasan