Jakarta Oh Jakarta...



Banyak sebenarnya aktiviti saya sepanjang bulan 3 dan 4 ni. Tak terkejar. Papepun saya ceritalah mana yang patut.

Seperti slide kat atas tu, saya di hantar ke Jakarta bersama dengan sahabat karib saya, Anuar. 3hari 2 malam kami di sana sempena lawatan tidak rasmi deligasi Malaysia ke Jakarta Islamic Bookfair 2009 dan ke Toko Buku Gramedia (toko buku terbesar di Indonesia). Seperti biasalah, saya mendalami ilmu marketing dan Anuar, designlah sebab dia designer. Penat memang tak ingat. Peristiwa, macam2 lah. Antaranya, time nak balik, tak cukup rupiah nak bayar cukai airport. 150000 ooo sorang. Bukan tak de duit, tapi kami dah habiskan untuk shopping kat airport tu. Time nak check in je, terpampang, bermula 2 March 2009, kena bayar airport tax RP150000. Ha, kelam kabut mengumpulkan duit. Padan muka sendiri. Belanja tak hingat! Nasib baiklah ada kenalan. T.kasih Encik Din. Papepun kami terpegunlah melihat kemajuan buku2 terbitan Indonesia. Kita jauh kebelakang. Mereka aktif dan cepat membuat pembaruan dari segi penerbitan percetakan.

Ada gak time kami nak ke pasar Tanah Abang, punyelah tunggu teksi. Naik je, dialak tanya kami, "Ke kiri ni boleh ya pak?" Ha, sudah! Kami dah lah tak pernah pergi. Boleh driver teksilak tanya kami. Jenuhlah saya menerangkan tempat yang kami nak pergi tu. Tapi alhamdulillah, sampai juga. Panjatlah kami tempat membeli belah tu yang bertingkat2 tingginya. Kejar masa lagi satu hal sebab kat sana kedai tutup awal gila. Melainkan tempat 1st Class. Nak masuk pun kawalan keselamatan ketat giloss. Nak rehat duduk atas tangga jap pun tak boleh. Kasta di Indonesia, memang tidak boleh dinafikan. Boleh dikatakan, mereka yang menaiki teksi tu adalah golongan pertengahan dan ke atas. Teksi yang paling best, naik Silver Bird. Layanan dorang bagus giler... Pernah kami tanya, mereka hanya rehat 2 jam sehari. Start keje jam 4 pagi, tamat jam 2 pagi keesokannya. Gile tak? Saya pun tak sanggup. Patutlah mereka suka makan jamu.

Bab makan lak, kami makan kat restoren padang je sepanjang kami kat sana. Sarapan pagi je kat hotel. Sambal udang dia memang wooowwww. Sampai panas perut. Hehehehehe. Tapi tak delah sampai cirit birit.

Layanan dorang pun bagus. Mungkin kerana desakan hidup. Mereka mesti buat yang terbaik. Jika tidak mereka akan kehilangan pekerjaan. Kat sana tak de masalah nak cari pekerja. Hilang 1, berpuluh menunggu.

Oklah, berhenti setakat ni dulu...nak sambunglak bila pun tak tahu. Hehehehe...
Tunggulah cerita lain lak, baru best kan...Hehehehe

Ulasan

Umi Nazrah berkata…
wah p sana tak ajak, haha :P
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
Nazra - nak ajak juga..tapi bukan sekarang lah...hehehehehe
Asyima Binti Dollah berkata…
salam akhir dr bumi sh alam..
terima kasih=)