Dah Kahwin Pun...

"Aku kahwin lepas ko kahwin lah eddy," sambil gelak dia menjelaskan.
Ina merupakan kawan sepermainan saya semenjak kecil. Kami tadika bersama dan sekolah rendah bersama. Bila teringat kembali detik-detik itu, kami sememangnya macam belangkas. Di mana ada dia, disitulah saya. Dan begitulah juga sebaliknya. Maknya juga bagaikan adik beradik dengan mak saya. Berniaga kuih muih bersama, keluar berjalan bersama. Adakalanya pulang ke kampung juga bersama.
Semalam, merupakan sejarah untuk Ina, dia selamat diijabqabulkan pada 8 Mei 2009. Hari persandingan yang meriah, dengan jemputan tetamu dari pelbagai bangsa. Di situlah juga kenalan yang telah lama terpisah bertemu kembali.



Adakalanya saya sendiri terbayang, bagaimana pula dengan majlis saya nanti?

Ina menggunakan tema purple silver sebagai tema persandingannya. Nampak simple tapi menarik.





Tak ketinggalan juga flower boy n girl...memang comel...



Bab makanlak, oklah...biasalah kenduri...macam-macam ada...

Semoga berkekalan, hingga ke akhir hayat...saya punya bila lak? hehehehehe tungguuu....

Untuk semua ibu, selamat hari ibu...! Mama, u r everything for me...

Ulasan

ibnmasir berkata…
Insya'Allah.. byk2kan berdoa... sntiase m'doakan yg terbaik utk bro..
Umi Nazrah berkata…
nnti kenduri kawen jgn lupa jemput,smoga sya dpt p ^_^
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
tq wak ibnmasir...walaupun den tak kenal ekau, tapi den tahu, ekau memang best...boleh jadi member lah...ekau pun den doakan bertemu jodoh yang sejuk mata memandang, tenang di hati...
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
buek nazra...i.Allah den akan jempuit, semuo yang den kenal termasuklah yang duk baco2 blog den ni ha...