MAY 2009

Antara sedar atau tidak, kita semakin menghampiri pertengahan tahun 2009. Bagi saya, pelbagai peristiwa yang menarik berlaku dalam bulan ini yang tidak berlaku pada bulan2 yang lain. Secara ringkas...

Hari Guru...
Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru. Ramai gak member-member saya yang menjadi pendidik...Apit, Pun, Abg Yazid, Abg Nasir, Kak Alia dan lain2 lagi. Saya pun pernah menjadi guru juga. Hehehehe, time belajar sebelum ni, buat part time jadi guru tuisyen. Habis belajar lak, jadi guru kontrak 3 bulan di Methodist Boy School, Kuala Lumpur. Sebelum lagi, jadi cikgu kat PLKN aka Trainer lah. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Time di tranfer di Kedah pun suatu ketika dahulu, tidak lekang dari menjadi guru tuisyen. Terima kasih kepada semua anak murid yang masih mengingati saya. Semoga kalian, dilindungi dan dirahmati oleh Nya.

Hari Ibu...
Bab ni yang saya selalu beremosi sikit. (time nak menaip ni pun duk tahan sebak). itulah aura seorang ibu. Sekental mana, seotai manapun diri kita, apabila memperkatakan tentang pengorbanan seorang ibu, kita akan kalah. Tasik mata yang kering, dengan tiba2 akan menjadi bah. Tidak terbalas segala jasa dan budi yang telah dicurahkan. Biar dihadiahkan segunung emas dan permata, namun itu tidak cukup untuk membayar kasih sayang, keringat untuk mendidik, membesarkan kita. Bahkan bukan emas dan permata yang mereka harapkan. Doa, kasih sayang serta ingatan yang tulus ikhlas memadai bagi mereka. Sudahkah kita tunaikan? Ya Allah, engkau berikanlah petunjuk kepada hamba Mu ini andai hamba Mu ini lalai dari menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak...

Kerja Baru..
Saya berhijrah ke tempat baru untuk meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah mendidik saya mengenali dunia perniagaan. Terutama semua staff Galeri Ilmu Sdn Bhd. Jasa dan budi kalian, tidak akan saya lupakan. Cikgu Abu Hassan, En Halim, En Yusri, En Wan, En Bad, En Lan, En Al dan Kak Aliyah, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya sepenuhnya selama saya berkhidmat di sana. Maafkan segala kesilapan saya dunia dan akhirat. Halalkan segala makan dan minum saya di sana.
18hb May 2009, saya akan mulakan tugas baru di MAG Design. Untuk customer2 @ client2 lama, saya masih menggunakan no tel yang lama. Jika memerlukan sebarang bantuan, jangan segan silu untuk menghubungi saya.

Rumah sewa baru...
Biarpun sudah mempunyai sebuah rumah di Pulau Indah, saya masuk rumah baru juga yang hampir dengan tempat kerja saya. Biasalah rumah bujang, 3 orang je. Tinggal bersama officemate.

Tunang baru...
hehehehe, yang ni, bacalah entry sebelum ni eik...dah panjang lebar dah tu cerita...

Apa yang nak dikongsi, semua ini berlaku dalam bulan May 2009..tarikh lahir saya bulan May gak..ermmm...macam2 ada...

Ulasan

Keri AlHaj berkata…
selamat hari guru... selamat hari ibu (untuk mak ko), selamat bertunang... moga yg kalai ni akan kekal sampai ke jinjang pelamin...

dah berenti kerja jugak ke??? hahaha... abislah galeri. semua pakat dok brenti... heheh
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
ermmm tahun ni, boleh isytihar...tahun staf berhenti beramai2...hehehehehe
Puteri Ezza berkata…
Assalamu'alaikum.

Wah, Encik Rusdy baru bertunang eh? Selamat bertunang ya. Semoga berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya sehingga ke akhir hayat :-)

Selamat ulang tahun juga. Semoga panjang umur, diberi kesihatan berpanjangan, ceria dan gembira selalu, dan bermacam-macam lagi.
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
Tq Puteri Ezza...insya Allah sama2lah berdoa semoga dipermudahkan segala urusan...amin...
kalau ada pape yang nak buat berkaitan printing, just let me know...