Delima...Delima...Delima...

Sudah sekian lama, saya tidak menggerakkan jari jemari ni kan. Kadang terasa kaku juga, hilang idea untuk meluahkan kata-kata. Mengapa ini boleh berlaku? Mungkin kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab membuatkan saya hilang masa senggang yang sepatutnya ada pada setiap manusia.



Namun, sempat juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi sedikit ruang untuk merehatkan pemikiran dari tekanan yang malampau.

"Tengoklah bang, kalau esok saya ada. Adalah saya kerja kat sini lagi!"
Berderau juga darah saya bila menerima jawapan yang sebegitu. Adakah ini satu ujian buat saya yang baru sahaja menapak dalam dunia perniagaan. Di mana silapnya? Allah tunjukkanlah jalan penyelesaiaannya.

"Abang ingat cukup ke ngan gaji RM600++ sekarang ni?"
"Nak bayar itu, ini, nak makan lagi, minyak lagi, mana cukup bang,"
Saya hanya mendiamkan diri mendengar segala luahan rasa yang sekian lama terbuku. Sepanjang perbincangan, hanya satu yang saya simpulkan. GAJI!

Masalah itu tidak akan timbul jika pulangan yang diterima dapat melangsaikan segala beban tanggungan yang bersarang di benak fikirannya.

"Banyak nasi, banyaklah keraknya," itu pepatah orang tua-tua. Namun jika dimasak dengan betul, api dijaga cantik, kerak nya dapat dikawal.

IMAN ADALAH SEGALANYA

Permasalahan yang timbul ini, sememangnya menuntut keutuhan iman yang mendalam. Silap langkah, hilang kepercayaan kita kepada Qada dan Qadar Tuhan. Percaya dan sabar merupakan dua elemen yang perlu digabungkan untuk menghasilkan pemikiran yang positif.

Percaya dengan segala sifat Allah. Maha Pemurah, Maha Penyanyang, Maha Adil dan segalanya. Tidak ada hamba Allah di dunia ini terlepas dari pandangan Nya. Cuma kita kekadang terlupa kepada Dia. Usaha yang kita lakukan, insya Allah akan membuahkan hasil. Tidak akan menjadi sia-sia jika kita niatkan kerana Allah. Tuntutan duniawi menjadikan kita bertambah beriman kepada Allah Taala. Mendambakan petunjuk dari Nya. Semakin kuat jiwa kita mengharungi dugaan dan ujian.

Sabar dengan ujian menjadikan kita lebih matang. Rezeki itu Tuhan telah tentukan. Cuma, apa, bila dan bagaimana ia akan muncul hanya Dia yang tahu. Apa yang perlu kita lakukan, usaha, usaha dan usaha.

Masih kah ada sinar yang akan menyinari? Insya Allah, selagi masih ada bulan dan matahari...

Ulasan

Emansipasi berkata…
selagi masih ada bulan dan matahari...
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
syima...selagi masih ada waktu yang berdetik..selagi masih ada bayu yang terasa...