Dia Pergi Tak Kembali...


"salam, ustaz Asri Rabbani baru meninggal..." sms yang pertama menjengah di telefon bimbit saya pada 13 Ogos 2009, jam 11.45 pagi...
Pagi itu saya di khabarkan dengan berita arwah yang rebah ketika rakaman di RTM, belum sempat merancang untuk menziarah di Hospital Pantai, berita yang lain pula sampai. Arwah tidaklah begitu rapat dengan saya, namun pengalaman bekerja di tempat lama menyebabkan saya mengenali arwah dengan lebih dekat. Pengalaman mengenalinya, memang tidak dapat dilupakan.
Saya sendiri berhajat untuk menjemput arwah dan Rabbani untuk menyerikan majlis walimah saya. Namun hajat itu tidak kesampaian. Apa yang pasti, kita sama-sama mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat, di tempatkan bersama para syuhada' dan solihin..alfatihah...

Ulasan