Ramadhan yang mulia...


Tatkala kekunci laptop ini ditekan, saya sedang menahan diri dari merasa sakit sendi n batuk2...memang menyakitkan apabila tidak dapat menyelesakan diri dengan posisi yang betul. Duduk pun sakit, baring pun sakit. Hanya berdiri dapat mengurangkan kesakitan. Tapi perlu ke berdiri untuk sepanjang masa dan setiap ketika? Ya Allah, benar2 aku teruji di bulan yang mulia ini.
Pada masa yang sama, ibunda tercinta juga sedang mujahadah melawan sakit yang entah dari mana muncul nya. Sudah berminggu, belum juga surut sakitnya. Kadang elok, kadang datang tidak upaya. Apalah jenis penyakit yang menimpa, sedangkan doktor hanya menyatakan tiada penyakit yang merbahaya. Mungkin juga kurang makan makanan yang berkhasiat. Orang yang berumur bukan mudah untuk dipujuk, kalau A katanya, A lah jawapan nya. Pelbagai cadangan makanan telah dicadangkan, ditolak mentah2. Hanya kerana, tidak lalu. Itulah cabaran menjaga orang tua, perlu dipujuk, dirayu dengan lemah lembut. Barulah akan berhasil, jika tidak sebaliknya pula akan berlaku, terasa hati terus merajuk. Namun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dia yang telah membesarkan kita? Sabar itu penting, dalam semua perkara...
Semoga kita semakin tabah mengaharungi ujian dan dugaan di bulan yang mulia ini...

Ulasan