20092009


"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, LAILAHAILLAHU WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHILHAMD"


Sememangnya kesyahduan menyentuh hati tatkala mendengar kalimah suci berkumandang. Melaungkan kebesaran Allah Taala, kejayaan mengharungi akademi Taqwa di madrasah Ramadhan. Moga kebaikan itu akan berkekalan bukan sahaja di Ramadhan bahkan di sepanjang waktu. Insya Allah...


Pulang dari solat, melihat wajah suci mama, terus menggenggam erat jari jemari nya memohon kemaafan sepanjang dibesarkan. Biarpun berkali memohon kemaafan namun kemaafan yang tidak pernah lekang dari mulut akan menteneramkan hatinya. Di kala itu juga, teringatkan sahabat baik saya, yang kehilangan ibu hampir setahun yang lepas. Bagaimanakah perasaannya? Saya tidak dapat membayangkan perihal diri saya tanpa ibu. Namun itu telah dirasai oleh sahabat saya terlebih dahulu tatkala ibunya kembali kerahmatullah. Al Fatihah untuk arwah ibundanya.

Sebelum Eidilfitri ini menjelma, ada tiga tarikh penting yang menjelma terlebih dahulu. Biarpun saya tidak berkesempatan untuk menungkapkannya, tarikh itu tidak pernah padam di hati saya...


Selamat ulangtahun abangku...15 Sept, saudaraku...13 Sept dan 20 Sept buat tunang ku..(kali pertama bertentang mata)
Semoga hidup kalian dilindungi Nya, dicurahi rahmat dan nikmat serta rezeki yang tidak dijangka-jangka...Jasa dan budi baik kalian tidak pernah ku lupa, hanya Allah yang mampu untuk membalasnya...

Walaupun cepat masa berlalu meniggalkan 1 Syawal, kita tidak boleh membiarkan masa itu membuatkan segala tanggungjawab kita tertangguh begitu sahaja. Raya tetap raya, tanggungjawab jangan lupa.

Ulasan