Dunia ku...

"Nanti jangan lupa ambil barang yang saya kirim pada Ain tau,"
Tertanya2 juga barang apa yang dikirim. Katanya kad raya. Pada mulanya mahu percaya tapi bila difikirkan semula, kalau kad lebih mudah di pos. Ini dikirim pula pada adiknya.

Semalam sempat juga saya membawa mama dan mak ngah berkunjung ke bazar ramadhan di Shah Alam. Sudah lama mereka berhajat ke sana. Baru semalam tertunai. Bisalah tiada pilot yang boleh membawa mereka ke sana. Kebetulan pula saya cuti minggu pertama dan sempena nuzul Quran. Kenapalah begitu cepat masa berbalu? Pejam celik, pejam celik, sudah tiba di malam nuzul Quran. Tuhan masihkan ada waktu akan datang untuk hamba Mu ini mendapat rahmat Ramadhan. Pelbagai pilihan juadah tersedia di bazaar. Kalau nak diikutkan nafsu, semua jenis juadah ingin dibeli. Namun beringat sebelum membazir. Nasi briyani gam Johor menjadi pilihan. Memang tidak menghampakan...

Dengan harga RM7.50 untuk lauk kambing dan RM6.50 untuk ayam atau daging, boleh dimakan sehingga ke sahur (sorry, gambar tak leh nak upload atas masalah teknikal). Mama pula memilih untuk merasa laksa Johor. Juga tidak menghampakan. Memang berbaloilah!. Kepanasan petang yang memuncak tidak mengizinkan kami sekeluarga untuk meronda habis kawasan bazaar. Sekadar 2/3 dari keseluruhan. Itupun dah cukup luas. Cuma timbul juga satu persoalan,napa pilihan juadah berbuka yang dibeli kebanyakkannya berasal dari Johor ye??...

Dalam perjalanan pulang sempat juga berjumpa dengan Ain, sepertimana yang dijanjikan. Bungkusan besar!



"Ya Allah, cantiknya!" kata Mak Ngah. Apa kandungannya?...
Saya bersyukur, apa yang diberikan, saya terima dengan hati yang terbuka. Hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan itu. Saya hanya mampu untuk berdoa agar dimurahkan rezeki mereka yang mengingati dan menyanyangi saya. Paling penting keikhlasan dalam memberi. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ehem2...nasib baik tgn yg tukang beri brg kiriman tu dpt 2bungkus roti john yg sgt sedap... hehe...
MOHD RUSDI ABDULLAH berkata…
kalau tak dapat, camne tu eik..?? hehehehe