Eid Mubarak...

Alhamdulillah, semakin mendekati syawal yang menjelma..walaupun hari ini saya masih bekerja. Suasana agak sunyi, apabila sahabat saya sudah bercuti pulang ke kampung. lain rasanya. bukan dia tidak biasa bercuti tapi mungkin kerana Ramadhan yang semakin meninggalkan kita dan menyambut aidilfitri, kesunyiannya berbeza dari biasa. Walaupun semalam tika bersalaman dengannya sebak juga rasanya. tapi biasalah lelaki, control macho, hehehehe...



Semalam juga saya bersama warga kerja yang lain, dibawa berbuka puasa di KGPA (tq my boss). Sekali lagi saya teringatkan sahabat saya. Tatkala kami berkumpul bersama, dia tiada. Bagi saya, perjalanan pulangnya ke kampung dengan selamat itu lebih penting dari segalanya. Namun rasa kekurangan tetap ada. Tambahan pula, petang semalam saya agak tertekan dengan tugasan kerja yang tidak berhenti dari pagi sampai ke petang. Menongkah lautan jem yang mencabar kesabaran. Menahan gelagat staff yang sangat memeningkan kepala. Customer pula yang pelbagai kerenah. Selalunya saya akan mencari dia untuk meluahkan segala tekanan yang ada. Tapi Alhamdulillah, sempat juga meluahkan melalui telefon. sorry, kerana mengganggu pemanduan...hehehehehe..
Walaupun aku dah minta maaf sebelum ko balik kampung, aku tetap nak minta maaf sekali lagi zahir dan batin atas semua salah dan silap aku, apatah lagi yang mengguris hati ko. Jemputlah datang umah yer, jgn segan-segan...hehehe





Buat semua kawan-kawan, semua staff dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini..mohon kemaafan di hari yang mulia. Tiada yang terindah melainkan kemaafan dari kalian semua. Jemputlah datang ke rumah, pintu rumah sentiasa terbuka menanti kedatangan kalian.

Buat tunang tersayang yang sentiasa di hati, mohon kemaafan atas segala kesilapan, tersalah kata, tersasar bicara. Moga Aidilfitri yang bakal menjelma memberikan seribu kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Tidak sabar menantikan DEC 2009...

Ulasan