TAHNIAH VS SABAR

"Syukur ke hadrat Ilahi ke atas kelahiran puteri pertama kami. Dilahirkan pada 18.10.2009 pukul 5.05pg, berat 1.9kg"
Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kelahiran hamba Allah yang baru ke muka bumi. Biarpun anak seorang sahabat, namun kegembiraan juga dapat dikongsi bersama. Perih, jerih dan pelbagai lagi rintangan yang dilalui, akhirnya dibalas Tuhan dengan nikmat yang tidak ternilai harganya. Anugerah itu merupakan satu amanah yang perlu dicorakkan hitam ataupun putih. Hakikatnya, itu barulah satu permulaan. Panjang lagi masa yang perlu ditempuh. Banyak lagi ranjau yang perlu diharungi. Menuntut satu keteguhan iman yang sejati.

Ada yang datang, ada juga yang pergi. Itulah lumrah kehidupan.

"Ayahanda Kak Jalilah (editor majalah Anis) telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.00 pagi tadi" SMS menjengah ke telefon bimbit saya. "Innalillahiwainnailaihirajiun"

Kematian itu pasti. Tiada cepat mahupun lambat walaupun sesaat. Itulah janji Tuhan. Tiada siapa yang tahu bila, di mana dan bagaimana ajalnya tiba. Aoa yang mampu kita lakukan hanya menyembah pada Yang Esa, agar kita di sentiasa di bawah perlingungan Nya. Penghabisannya juga biarlah dengan 'husnul khatimah'.

Tidak kurang juga yang masih mencari cinta abadi. Kecewa, sedih serta berduka menjadi permainan emosi tatkala cinta yang diharapkan tiada bersemi. Meletakkan pengharapan terlalu tinggi pada cinta manusia, itulah yang terjadi. Kecewa dan sedih sendiri. Janganlah kita mencari cinta manusia kerana ia bukan abadi, tapi cari lah hati kerana ia menjanjikan cinta hakiki.

semalam kita seriang kicau burung camar,
menharapkan sesama ku dibelai manja,
di saat ini,
aku kesepian kesorangan,
kau tiada lagi,
helai tawa hilang ditelan masa....

Kini kau dan aku
Jauh terpisah
Entah bila dan di mana
Kita kan bersua

Moga-moga setiap amalan kita adalah satu ibadah dan bukannya satu adat...

Ulasan