Meniti hari demi hari


"Di, persiapan ko macam mana? Ok?" tanya seorang teman. Mungkin apa yang dia lihat tidak sepertimana yang saya rasa. Dugaan, cabaran, mehnah dan tribulasi datang silih berganti. Adakalanya saya gembira dan adakalanya sangat mencengkam jiwa. Apa lagi yang mampu saya lakukan melainkan berserah pada yang Kuasa.

Terlalu banyak untuk saya coretkan. Tidak mampu rasanya jari jemari ini menitipkan satu persatu apa yang telah dilalui sepanjang hampir sebulan ini. Risau jika ada yang terasa hati, memendam rasa, lantas berubah hala. Dalam tempoh sebulan inilah saya mengenali apa itu saudara, apa itu teman, apa itu sahabat, apa itu kawan, dan yang paling penting apa itu keluarga.


"Di ko nak pakai partner tak?" tiba soalan itu muncul dari seorang teman lama.
Hampir sepuluh tahun tidak pernah berhubung, berjumpa kembali dalam 'Bukuwajah', terus menanyakan persoalan sebegitu rupa. Ya Allah sememangnya itulah bantuan dari Mu Tuhan. Apa lagi yang mampu saya ucapkan selain kesyukuran kepada Tuhan. Tatkala saya tidak tenang bertugas di tempat sedia ada, hadir seorang hamba Allah memberikan bantuan.

"aku bagi ko modal, ko run the business," tika itu air mata mula bertakung.
Sebak seketika mendengar pelawaan teman lama itu. Bukan mudah mendapat kepercayaan sebegitu rupa untuk menjalan perniagaan.

"ada orang nak invest dalam perniagaan kita," dengan hati gembira memaklumkan kepada saudara saya.
Dari awal lagi dia berhajat untuk memulakan perniagaan bersama saya, namum kekangan modal menjadi penghalang. Begitu rapatnya dia dengan saya, bagaikan adik beradik, lebih dari seorang sahabat. Jatuh bangun kami bersama. Susah senang juga kami bersama. Saya meninggalkan ofis, meletakkan jawatan, dia pun turut sama. Sehinggalah kini dia bersama saya lagi dalam menjalankan perniagaan. Jasanya tidak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Walaupun kekadang ada juga silap kata, terguris jiwa, namun kebaikan yang diberikan lebih dari segala. Itulah saudaraku, seperti adik beradik bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus.

"ko ni sentimental," kata saudara saya.
Tak dinafikan, saya memang cepat tersentuh, apabila tanpa disangka-sangka bantuan datang di depan mata. Terasa diri begitu kerdil ini untuk menerima bantuan dan perhatian sebegitu rupa. Apalah sangat sumbangan saya sehingga ada yang sanggup bekorban untuk saya. Apatah lagi di sisi Tuhan, begitu banyak dosa yang dilakukan. Namun nikmatnya tidak pernah bertebing. Biarpun hamba Nya ini kekadang terlupa kepada Nya. Melalui insan yang teramat baik buat saya dikurniakan segala nikmat.
"Allah ampuni hamba Mu ini, Engkau kurniakan kebahagian, lindungilah, serta limpahkanlah rahmat kepada mereka yang telah berbudi dan berbuat baik kepada ku. Tiada apa yang mampu aku lakukan, melainkan apa yang ada pada diriku, dengan izin Mu.

Buat bakal isteriku, mungkin bait ini mampu memberikan maksud hati ini...

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Ulasan