Kenapa dengan H@ri Ini??


Tatkala jam menunjukkan 8 pagi, seperti biasa mengharungi lautan kereta menuju ke ibu kota. Hari ini lain dari yang lain. Sebelum kuar sambar juga apa yang sempat depan mata buat alas perut. Selalu pekena teh tarik, ni bertukar sikit, Teh Boh 3 in 1.

Sampai di pejabat sementara di tuuuuutttttt. Buatlah apa yang patut. Satu demi satu tugasan di selesaikan. Print itu, print ini dan macam-macam lagi. Dengan keyakinan tahap gaban, menghantar ke kedai fotokopi untuk dibuat salinan 60 set.
"ooohhh ini banyak cinang. Lu tinggal, buleh siap punyer," Lebih kurang lah ayat dia.

Legalah sikit sebab dah menyelesaikan job yang paling penting untuk hari ini, tunggu siap je lagi. Tak sampai dua jam selepas itu,
"Lu datang kedai amik balik. Pekelja wa tak pandai nak buat. Wa tak lak kat kedai, dia pandai tekan mesin fotostat sajerrrr,"
Berderau jap darah, "dont make my blood go upstair!" (teringat jap ayat Azean Irdawaty dalam sebuah drama.)
"Ko dah sampai mana dah? Ko tolong betulkan balik macam nak buat buku ok. Cina ni tak pandai nak buat pulak..!" Terpaksa menelefon partner yang dalam perjalanan balik dari kampung. Dia faham dengan masalah dan akan membetulkannya. Lega sekejap bila dia dah faham, cuma berderau balik bila memikirkan bila nak siap?

Sambung perjalanan ke KL pulak. Dalam keadaan kepala yang dah pening-pening sikit, teruskan juga sebab masa kian suntuk. Banyak barang program tak beli lagi. Dari Jalan Raja Laut ke Lebuh Ampang. Patah balik ke Jalan Tengku Abdul Rahman. Hanya berjalan kaki, sambil memikul beg laptop. Biarpun tak panas, tapi mula dah rasa goyang sebab tak sempat makan lagi, semata mengejar masa.

Tiba di kaki lima, depan traffic light, "Gedebup, Allah!!" Tiba-tiba dunia jadi gelap, berpusing-pusing, kabur, berpinau. Tersungkur di situ. Pitam. Seolah-olah seperti tidur seketika. Mujur tak lama, tapi tak pasti berapa minit. Dalam keadaan pening-pening lalat, cuba untuk gagahkan diri berdiri, ternyata tidak mampu. Hanya duduk di atas lantai. Terus teringat harta benda yang melekat di badan. Alhamdulillah, semuanya masih ada. Cukup terharu dengan masyarakat Malaysia. Mereka hanya memandang tanpa sebarang tindakan. Prihatin ke?? Mungkin mereka menyangka manusia yang tersungkur itu mabuk atau separa waras. Hakikatnya, itu aku!!!! Manusia yang sedang mengejar masa menyelesaikan setiap urusan di bahunya. Masalahnya, mereka bukan tahu apa yang dilakukan orang oleh orang lain. Hidup dalam dunia sendiri. Dengan kederat yang ada gagahi juga berjalan perlahan-lahan menuju ke DBKL untuk satu temujanji. Mujur temujanji dilewatkan setengah jam. Boleh lah juga mencuri sedikit masa untuk berehat di lobi.

Setelah selesai temujanji, merasakan diri gagah semula. Menyambung semula tugasan yang terhenti seketika tadi. Sambil menanti saudara yang baru pulang dari kampung. Bukannya apa, hanya ingin memastikan segalanya selamat setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Alhamdulillah, dia selamat sampai bersama keluarga dan baby kecilnya hampir jam 10 malam. Lega sebab selesai satu babak. Babak yang seterusnya, belum selesai lagi. Bekejar pulak ke Shah Alam. Mengambil barang yang telah dipesan. Penuh kereta. Tak kisah lah, yang penting tugas selesai.

Sampai rumah, tugasan bersama famili pula. Belum pun selesai, sampai pula SMS. Kepala dah makin serabut, otak dah makin pening, hati dah makin runsing, jiwa dan makin kalut. Aduhaiii....

Akhirnya teringat satu pesan, "Di, engkau fokus pada apa yang engkau mampu usahakan.." itulah pesan seorang teman yang menguraikan segala kekusutan yang melanda.

Ulasan