999

Hari ini, hari yang sibuk dengan perjalanan di atas jalan raya. Masyarakat beragama Hindu sibuk untuk ke kuil masing-masing. Bangsa lain pula, sibuk mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk pulang ke kampung, khusus untuk mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan. Khutbah Jumaat pun mengenai Hari Wilayah, 1 Feb ini.

Saya seperti biasa ke hulu ke hilir, menyelesaikan beberapa perkara. Mujur sekarang ini, adik ipar menjadi pembantu saya. Kurang sedikit kederat yang digunakan. Ada juga teman sembang. Sehinggalah menjadi tukang ambil gambar peristiwa-peristiwa yang berlaku tanpa diduga. Seperti yang berlaku tadi, berhadapan Taman Wahyu, di Jalan Kuching. Sebuah kereta terbakar, setelah terbabas di tengah-tengah jalan.




Inilah gambar yang sempat di ambil dari dalam kereta. Bahang apinya juga dapat dirasakan sewaktu melepasi tempat kejadian, walaupun dalam keadaan tingkap ditutup.

"Nauzubillahiminzalik..."

Ulasan