SEMALAM BERJUMPA ESOK KETEMU...

Salam Rejab untuk semua pembaca.. setelah hampir setahun sawang penuh di blog ini... bukan kerana tidak berminat lagi, tapi tuntutan dunia ini menjadikan kita lemah dalam mengatur dan melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan... Tidak mahu diingatkan perkara yang menyedihkan, kerana itu adalah ujian dari Yang Maha Esa. Apa yang hendak dikongsikan adalah lahirkan seorang hamba Allah yang menjadi zuriat pewaris generasi baru.. MUHAMMAD DARWISH AMSYAR, pada tanggal 15 Februari 2012.. sudah hampir 3 bulan lebih ia berlalu.. Namun pengalaman menemani isteri di labour room, sangat menginsafkan diri. Sedar dan yakin mengapa Allah meletakkan darjat seorang wanita itu sungguh mulia. Tidak mampu dilaksankan seorang yang bernama lelaki. Sungguh bertuah rasa diri ini, bila dipilih Allah untuk menyaksikan segalanya. Sedangkan ada jua hamba Allah yang lain sudah hampir 8 anaknya, masih tidak kesampaian untuk menyaksikan pertarungan nyawa isteri di medan perang.
Penantian selama setahun, rezeki Allah itu tidak ke mana jika telah ditakdirkan. Dalam pada menjaga dan membesarkannya, kami hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan, serta menjadikannya sebagai anak yang soleh. Jika orang tua kita mampu mendidik kita menjadi seorang manusia, mengapa kita pula perlu mengeluh untuk membesar dan mendidik zuriat kita sendiri. Tatkala itu, terbayang wajah orang tua. Memang durhaka sungguh si anak yang mengherdik kedua ibu bapanya. Allahuakbar!!! Abah pun telah selamat menjalani pembedahan bypass untuk saluran jantungnya. Syukur pada Mu Maha Esa... Dalam mengharungi mehnah dan tribulasi dalam perniagaan, Engkau berikan dua kegembiraan yang begitu aku mohonkan keberkatannya. Aku tidak layak untuk menerima atas kekhilafan yang lalu, namun Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, tidak pernah lupa pada hamba Mu ini... Syukur pada Mu Tuhan...

Ulasan