Sunnah Orang Berjuang...

Album : pelita hidup IV Munsyid : Hijjaz http://liriknasyid.com Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela tauhid Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah Namun jiwa tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang *Chorus Malamnya bagai rahib merintis sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana...atau syurga

Ulasan