SEKEJAP MENJADI SEBENTAR


"Allahummasoli ala Muhammad.." sambil bersalam dengan jemaah sebelah. 
Tiba-tiba masing-masing terdiam. 
"Ya Allah, tak sangka kita jumpa kat sini," 
Pertemuan seusai solat Asar. Sekian lama juga tidak bersua. Kalau tidak salah hampir setahun tidak berjumpa. Kali ini, kelihatan sungguh kurus tubuh badannya. 
"Sakitkah dia nih?" hati berbisik. 
"Kenapa yang kurus sangat nih?" memberanikan diri untuk bertanya. 
"Baru je kuar hospital nih," terang dia. 
Tidak salah tekaan hati ini. Walaupun kelihatan pucat, tapi masih ceria. Alhamdulillah, syukur nikmat Tuhan melihat seorang kawan lama berada dalam keadaan masih sihat walafiat. Petang itu, entah kenapa begitu bersungguh hendak solat di masjid. Rupanya ada saudara lama menanti untuk bersua. Panjang perbualan dengan dia. Hampir sejam jua kami berbual. Banyak kisah-kisah lama yang dibangkitkan. Begitu jugalah dengan perkembangan kawan-kawan yang berjaya sekarang. 




BILA DAH BERGELAR D A T O 

"Rezeki dia. Rezeki kita nih, Tuhan bagi kut lain pulak," 
"Betullah tu," menyampuk juga.
Bukan semua yang memahami konsep rezeki. Kebanyakkan berpandangan rezeki di dunia ini, adalah yang diberikan terus kepada mereka. Sedangkan rezeki itu boleh datang pelbagai bentuk. Ada yang diberikan terus. Ada juga yang dikurniakan kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Contonya, adik beradik kita ada yang mengandung. Itu merupakan rezeki dari Tuhan untuk kita juga. Biarpun tidak terus kepada kita, namun dikurniakan kepada ahli keluarga kita, rapat dengan kita.
"Business camne, ok?" tiba-tiba dia bertanya.

"Alhamdulillah, ok," menyambung.
Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun berlalu. Usia perniagaan juga semakin meningkat. Pelbagai rintangan dilalui. Tambahan pula sekarang, namun segalanya adalah rezeki dari Dia. Mungkin strategi yang digunakan agak pelik, dan tidak dipersetujui ramai orang. Tapi itulah yang difahami sepanjang menuntut ilmu. Keyakinan itu tidak pernah pudar.
INTANSURULLAH YANSURKUM
 "Engkau ni buat kerja tak berkira tau." tiba-tiba teringat kata-kata seorang teman.
Kata-katanya tidak habis disitu. Bukan bermaksud memuji tapi dia memberikan pendapat agar jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan atas kemudahan yang kita berikan. Betul juga apa yang ingin dia sampaikan. Tapi keyakinan itu, membuatkan rasa diri terlalu kerdil untuk berkira dengan nikmat yang Tuhan berikan.

BELUM MASANYA

"Tak salah kalau nak chambering pun. Mungkin tak practice sekarang, tapi mana tahu esok dah nak pencen teringin nak defend orang an," cadang dia.
Hanya senyum sahaja. Ada betulnya juga. Setiap yang kita rancang, Tuhan jua adalah sebaik-baik perancang. Kita hanya boleh berusaha untuk buat yang terbaik. Selebihnya, kira serahkan kepada Dia.
"Oklah, dah lewat nih. Nanti kita sambung semula yer," memberikan cadangan apabila melihat jam di tangan hampir 6 petang.

Tuhan, segala yang berlaku itu adalah kehendak Mu. Apa yang bakal berlaku, ku bermohon kurniakan yang terbaik buat keluarga, saudara, sahabat dan teman ku. Mungkin aku tidak layak untuk menerima segalanya namun mereka adalah insan-insan yang terbaik buat diri ku... kasihani mereka Tuhan.....amin...

Ulasan