MULA MEMBACA....

Assalamualaikum warahmatullahiwbarakatuh...
Semoga semuanya di bawah naungan dan hidayah Yang Maha Esa...

Kita tidak dapat lari dari kebimbangan dan kerunsingan. Apa lagi perkara yang paling penting dalam hidup kita. Namun kebimbangan itu, tidak akan terhenti jika kita sendiri yang tidak menghentikannya. Begitu jugalah saya. Bimbang dan runsing dengan apa yang melanda diri. Saat itu, apa yang perlu dilakukan. Jika tiada iman, pasti kita membunuh diri, atau kita akan menjadi pembunuh. Ternyata, tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah.


Bacalah Al Quran. Mengingatkan diri kita dan jiwa kita dekat dengan Maha Pencipta.
Surah Al Waqiah
Surah Ar Rahman
Surah Yassin
Surah Al Kahfi

Pelbagai lagi surah yang boleh dijadikan amalan. Bergantung terhadap diri sendiri, yang mana mampu untuk diamalkan. Begitulah juga dengan zikir harian. Biar menjadi sebati dengan diri.

Tunaikanlah solat. Solat 5 waktu sudah semestinya menjadi kewajipan untuk menunaikannya. Cubalah kita tambahkan sedikit lagi, solat sunat seperti solat sunat Dhuha. Sangat simple, tapi memberikan impak yang sangat berkesan.


I'tikaf di masjid juga boleh membantu. Bermuhasabah di masjid boleh tenteramkan hati. Di surau juga boleh. Tidak kira di mana, asalkan ianya rumah Tuhan. Tempat menunaikan solat. Duduk seketika untuk berbicara bersama Tuhan. Merayu dan merintih, sehingga menitiskan air mata. Air mata keinsafan tanda taubat terhadap apa yang telah dilakukan. Bukan ingin menunjukkan kepada jemaah yang lain.


Kesimpulannya, amatilah pengajaran dari surah Al Asr

kita semua akan masuk dalam neraka dan berada dalam kerugian kecuali org yang terhimpun 4 sifat:
1. Beriman
2. Beramal soleh
3. Dakwah
4. Sabar

wallahualam

3 Muharram 1437H


Ulasan