SUATU KETIKA...

ASSALAMUALAIKUM..

hari ini, aku gagahkan diri melangkah walaupun tiada hala dan tujuan... Percaya bahawa setiap kejadian itu, Allah telah tetapkan dan pasti ada hikmahnya... sejenak menyedarkan pacal yang hina ini, betapa berutungnya mereka yang sentiasa dipayungi rahmah.... setiap kita dirahmati dan diberkati, cuma kekadang kita yang tidak melihat dengan mata hati.

Bukan niat hati untuk berlindung dari sesiapa, sekadar tidak mahu mengeruhkan keadaan, maka diam itu lebih baik dari berkata-kata. Perkara yang lepas, tidak pernah aku lupa. Setiap pengorbanan mereka, terpahat di benak minda ku... namun, takdir belum mengizinkan untuk aku melangkah lebih deras bagi membalas jasa mereka.

Kurniaan Yang Maha Esa, aku terima dengan penuh syukur. Tiada beban yang aku fikirkan, bahkan hanya rahmah dari Dia. Menemani, menasihati, berkorban dan pelbagai lagi telah dilaksanakan sbg tanggungjawab dan kasih kepada ku. Itulah indahnya berkeluarga. Hanya ku pinta, fahami lah segala gerak laku ku. Segalanya, aku persembahkan untuk kebahagian mereka yang mengasihiku, walaupn diriku tersiksa.

ku berharap....

Ulasan