AYUH MULAKAN... BISMILLAH...

Assalamualaikum wrt wbt...

Sekian lama disepikan oleh kekangan tugasan dan tuntutan. Sehingga alpa dari kewajipan hakiki. Lemah jiwa mencari cahaya Ilahi. Hilang tidak berpenghuni. Sayang tidak disemarakkan lagi. Cinta kadang makin layu di henyak mimpi. Antara suratan atau kebetulan, hidup pasti diteruskan juga selagi nyawa terus menanti. Menanti untuk dijemput oleh Ilahi. Bila tiba masa dinanti. Tidak akan lari walau sesaat dari nyata dan pasti. 


PERJALANAN SUDAH BERMULA...

Antara sedar atau tidak, usia semakin meningkat. Dulu mereka masih anak-anak kecil, sekarang mereka sudah mampu bergelar bapa. Sangat merindukan suasana keanak-anakan mereka yang seringkali mencabar sabar. Dimarah, ditengking dan adakala rotan hinggap di kulit. Namun mereka tetap riang menhayati zaman anak-anak mereka. 

Kecil menempuh remaja, remaja menempuh dewasa,,, untuk yang dewasa menempuh tua... yang tua, seringkali bersedia, andai waktu menjelma. Biarlah ajal maut belum tentu bila, setiap detik bersedia pasti. Itulah yang telah ditentukan Tuhan... Ajal Maut di tangan Ilahi.


AL FATIHAH BUAT ABAH... 

TEMPANG SEBELAH

Berjalan sebelah kaki belum tentu sukar. Begitu juga bekerja dengan sebelah tangan, pasti mampu. Kehilangan buat selamanya, menjadikan jiwa itu diam. Kelam, sepi dan hambar. Itu lah yang menjadikan rumah itu usang, tidak berpenghuni. 

Perginya abah meninggalkan kami memberikan kesan bukan sedikit bahkan alam juga menangis. Tumbuhan yang dibelai tangan abah, tandus kering akhirnya mati terkubur. Hati masih lagi antara redha dengan tidak, kerana hilang tempat bermanja. Hilang tempat merujuk kata. Hilang tempat punca idola. 

Sekarang, masa nya untuk berada di tempat abah. Anak-anak mula membesar. Perlukan pendidikan, perlukan perhatian. Biar pun sibuk dituntut tugasan, anak-anak mencari kasih sayang abi yang tiada di tepian. Baru sedar, bukan mudah menjadi abi. Bukan senang menjadi walid. Bukan mudah menjadi abah. Namun, kehidupan harus diteruskan juga. Berbakti sambil mencari. Mencari diri sebelum kehilangan abadi. 

HANTARAN
AKU DIA DAN CINTA

Bila cinta pasti sayang.... tapi bila sayang belum tentu cinta. Tanda cinta yang dapat dirasa. Tidak boleh diungkapkan. Itulah istimewa nya cinta. Berada di tempatnya yang tersendiri, tanpa ada dibantu penghuni diri. Relakan jiwa disayangi, namun tidak boleh membiarkan jiwa membohongi cinta. Sukar untuk ditafsirkan. Namun dari cinta akan lahir percaya. Hilang percaya, hilanglah cinta. Maka, wujudkan cinta hanya kerana Dia (Yang Maha Esa). Tidak tersasar jika cinta kerana Dia. Tidak akan hilang jika semua nya kerana Dia. Dia penentu segala. Perlukan cinta dari Dia, bercintalah dengan Dia, agar cinta subur dalam jiwa. Disulami kasih sayang yang hakiki. 


LEMAH TANPA MU...

Lihat kiri salah, pandang kanan gelabah. Perasaan apakah yang menyelubungi. Masih belum terungkap yang di simpan di hati. Lesu melihat sekeliling. Pedih habuk kekadang memasuki mata. Sedang otak berputar, berfikir, apakah solusi yang dicari. Mengapa masih buntu? Mengapa masih sendu? Tiada jawapan, sehingga nanti kita bersujud memohon Yang Kuasa diberikan jalan keluar untuk setiap perkara. 

JANGAN BIAR MENDERA

Rezeki itu dari Tuhan. Bukan dari manusia yang mempunyai anggota yang dipinjamkan sementara. Setiap rezeki itu juga, bukan semua milik kita. Di situ ada juga hak orang lain yang perlu dipenuhi. Antara sedar dengan tidak, kita mendera mereka. Kita menzalimi mereka. Kita mengabaikan mereka. Alangkah indah jika setiap kita melaksanakan semua tanggungjawab tanpa persoalan. Tiada ilmu belajar, tiada kudrat minta bantuan. Jangan hanya menyalah antara satu sama lain. Itu lebih mendorong untuk kita kelihatan jahil abadi. Hari ini yang lebih baik adalah penentuan buat mereka yang pandai. Semalam yang hina, biarlah jadikan pengajaran, jangan diulang lagi segala perbuatan. Kerana esok yang mendatang, belum tahu akan ketentuan. 

AWAN KELABU

Menjadi tradisi, awan kelabu, menandakan hujan. Apalagi hujan ditengahari. Pasti menggamit perasaan. Namun, tidak mustahil jika hujan tidak sampai ke petang. Terus cerah memancarkan cahaya mentari. Sabar... itu lah dugaan menguji iman. Segala ada hikmah. Bukan mudah menjadi senang. Bukan juga payah untuk menjadi susah. 

TERANG KEMBALI

Tuhan tidak akan membiarkan hamba Nya. Pesan Nabi SAW, Baginda telah meninggalkan dua perkara, tidak akan sesat jika masih berpegang kepada nya... Al Quran dan Sunnah Nya... 

Wallahualam... 


Abu Darwish
13 Mac 2017
02:50 pm






Ulasan