MUHASABAH CINTA... MASIHKAH ADA CINTA??


Assalamualaikum wrt wbt...

Penitian hari demi hari, adakalanya menjadikan diri kita semakin matang. Ada juga yang menjadikan kita alpa leka. Nikmat duniawi menjadi kan kelam hati tanpa ada sinar yang menusuk ke kalbu. Indah jika masih ada cahaya Ilahi. Namun itu bergantung kepada diri kita antara mahu atau enggan. Mahu, menjadikan kita manusia yang terus dinaungi keberkatan. Enggan, menjadikan kelam itu semakin gelap, pekat dan terus hilang cahaya. 


TAKZIAH

Di balik tawa, pasti ada duka. Anak syurga pergi buat selamanya bertemu sang Pencipta. Menyinggah di dunia penuh fana ini, 1 tahun 10 bulan. Terhindar dari fitnah dunia. Menanti bunda dan ayahanda di syurga firdausi. Pasti tersenyum saat ini melihat si ibu yang mengalirkan air mata. Antara redho dengan tidak, menerima takdir Ilahi. Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul. Al Fatihah buat mu... Amir Ariffudin Mohd Radhi.... 


Ulasan