#nasibungkus #airikatepi #hargai #menghargai #takreti #akupeduli

Assalamualaikum wrt wbt..
"Teh tarik madu, Restoren Kak Wok,
Taman Sri Gombak

Sekian lama menyepi tanpa kabar dan cerita... itulah resam dunia... mencari nikmat duniawi yang tiada galang berhenti... jika niat kerana Ilahi makan menjadi saham ukhrawi... tapi jika sebaliknya... dunia menjadi janji... 

Entah di mana ingin memulakan... tapi dalam banyak perkara... seperkara yang menjadi ingatan saya sehingga ke hari ini... saat membelikan makanan untuk pekerja part time yang sedang menyediakan persiapan untuk hari esoknya.. mungkin perkara kecil... tapi bagi saya, sangat mendukacitakan...

Seperti biasa hampir jam 8, kami beransur untuk menunaikan solat Maghrib... sambil mengambil pesan dari para pekerja yang "setia" makanan yang ingin mereka jamah setelah selesai bekerja. Nasi goreng kampung, nasi goreng seafood dan ada dua jenis lagi... saya pun dah lupa. 

Hampir satu jam kami keluar... tambahan lagi restoren penuh dengan pengunjung yang memesan makanan entah dari mana...


"bang lama lagi ka bang?" tiba-tiba sampai whatsapp ke handphone saya. 
"sabar, ini lagi nanti mereka siapkan," ringkas saya membalas.
"amboi, takkanlah sudah 1 jam lebih masih tak siap lagi makanannya!" dia menambah. 
Saya mula merasa berang. Telah diberitahu, kami keluar untuk solat dahulu, kemudian barulah membeli makanan serta minuman yang mereka kirimkan. 

"kalau lama lagi, aku balik lah dulu bang!" hinggap lagi whatsapp yang baru. Semakin melampau pulak mesej nya. Sangat memahami, kalau penantian itu satu penyeksaan. Tapi telah diberitakan restorennya itu ramai pengunjung. Sementelah kami pun sudah dalam perjalan ke tempat mereka. 

Sesampai di dewan, ternyata mereka sudah tiada. Kesemua mereka sudah balik ke rumah mereka, chow kit. Wow, satu penghinaan rasanya bagi saya. 

"Makanan korang ni, siapa nak makan???" saya menghantar mesej whatsapp kepada dia.
"Bang hantar lah ke chow kit, kami dah pulang," seperti tiada rasa bersalah. 
"wah, hebat nya kau, abg dah belikan tanpa meminta satu sen pun dari korang, menanti disaat tempahan ramai, datang semata-mata mau sediakan makanan, ini yang kalian buat??" saya menyatakan ketidakpuasan hati. 
"kami nak balik awal, kerana ada acara di sini," terang nya
"jangan jadikan alasan! kan sepatutnya kalian tamat kerja jam 11 malam, kenapa berkejaran mahu pulang?" saya cuba membangkitkan kesalahan mereka. 

"Jika begini, selepas ini, tiada lagi makanan dan minuman yang akan disediakan buat kalian! Pandai-pandailah kalian mencari sendiri apa yang kalian inginkan!" Tegas saya pada manusia itu. Terasa sangat pedihnya hati apabila diperlakukan begitu. Bukan sedikit nilainya, tapi lebih terasa apabila mereka meninggalkan begitu sahaja tanpa ada rasa bersalah.

HUKUMAN MENDATANG

Esoknya saat majlis bermula, mereka bertanya mengapa saya hanya menyepi tanpa seribu kata. Kebiasaannya saya akan sangat ceria dan menceriakan suasana. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

"Bang tak rasa lapar ke bang?" salah seorang petugas bertanya kepada saya saat tiba hari untuk penyediaan majlis. 
Saya hanya membalas dengan senyuman lantas membalas, " kalau nak makan, minta dengan incas kau!" 
Dia hanya terdiam tanpa bertanya lagi. Timbul juga rasa bersalah di hati, tapi itu lah pengajaran untuk mereka. Jangan hanya memandang mudah dan enteng dengan pengorbanan orang lain. 
"Bukan aku yang nak balik bang, tapi dia yang merungut dan emosi untuk terus balik," terang Ipan, salah seorang pekerja sambilan yang turut sama pada malam bencana itu. Dia cuba untuk membela diri. Tapi saya hanya mendiamkan tanpa seribu kata. Bagi saya, walaupun hanya sebungkus nasi tapi memberikan pengajaran buat saya. 

PAKU DI DINDING

"Bang, saya tahu kalau abang marah pasal makan malam semalam tu," tiba sampai satu whatsapp ke handphone saya. Saya tidak membalas, hanya membiarkan dia tertanya-tanya.
"Saya minta maaf bang, semua salah saya, " Dia cuba untuk mendapatkan respon dari saya. Saya masih mendiamkan diri tanpa membalas. 
"Tak apalah kalau abang tak mau balas lagi mesej saya, tapi saya nak kasi tau, saya nak minta maaf"
"Dah lama maafkan, tapi paku di dinding, walaupun dicabut, pasti ada kesan tusukannya," ringkas saya membalas. 

TIDAK PERNAH BELAJAR

Semakin hari, kelihatannya dia manusia yang tidak pernah belajar dari kesilapan. Dari hari kehari, hanya meminta untuk mengikut kehendaknya dan meminta untuk memahaminya, tapi tidak pernah cuba untuk memahami org lain. 

Sehinggalah tadi, "bang apa cerita nih bang, saya nak makan pun dah tak ada duit ni bang. Ya Allah, cemanalah tekadang saya tak naek angin macam ni bang, cubalah abg ada di posisi saya ni. Kata abang tadi jam 7, ni udah jam 9," Dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya. 

Sepatutnya gaji dibayar pada hari Selasa. Tapi hari ini baru hari Ahad. Saya mengambil kata kemanusiaan untuk mendahulukan gajinya. Tapi itu pun, dia tidak pernah berterima kasih. Walhal memaksa pula. 

Saya tidak membalas, bahkan terus membayar gajinya. Tapi setelah itu, saya mengirikan mesej nya.

"Abang lupa nak tanya, kau push abang untuk bayar gaji sebab nak bayar hutang orang lain dan hutang bilik. Abang sekadar nak bertanya, kau ada fikir hutang abang?? Kenapa kau tak push gaji di tempat lain yang kau kerja untuk bayar hutang abang pulak yer??"

Saya menantikan jawapannya, dia membalas.

"Hmmmm, ye dahlah kalau macam tu. Nanti saya dapat putu (kutu). Saya bayar hutang abang,"

Saya menanti sejauh mana kah kebenarannya... 

Sekian, wassalam

Selamat malam

MOHD RUSDI ABDULLAH

Isnin 1:55 pagi
6 Nov 17 @ 17 Safar 1439H


Ulasan